Tuesday, January 26, 2016

Isu Derma: Tuan Ibrahim Perlu Selesaikan Tabung Memali dan Kohilal Dahulu

tuan ibrahim derma
Diduga, dan dijangka, Tuan Ibrahim meneruskan konsistensinya dalam menyerang UMNO, dan kali ini, seperti yang disiarkan di sebuah portal, beliau mempersoalkan bagaimana Najib membelanjakan RM570 juta hasil sumbangan dari keluarga DiRaja Arab Saudi.

Mungkin Tuan Ibrahim tidak tahu, atau mungkin tidak sempat membaca bahawa wang yang disumbangkan itu adalah untuk kempen pilihanraya parti pimpinan Perdana Menteri Najib Razak. Itu belum diambil kira kemungkinan beberapa perkara yang hanya diketahui oleh si penderma, dan si penerima. Siapa Tuan Ibrahim untuk mengetahui intipati perbincangan tentang sumbangan yang diberikan itu?

Apakah duit sumbangan itu duit rakyat? Tentunya tidak, kerana ianya usaha seorang presiden parti untuk mencari dana bagi membiayai kos pengurusan parti, dan juga hal-ehwal politik kepartian. Jika duit itu milik rakyat, maka tidak salah untuk Tuan Ibrahim Tuan Man bersuara. Malangnya, ia diamanahkan kepada Presiden UMNO, untuk tujuan kempen pilihanraya parti UMNO dan mungkin Barisan Nasional.

Portal BBC melaporkan, derma tersebut diluluskan oleh Almarhum Raja Abdullah dan negara-negara seperti Jordan, Sudan, Mesir dan Maghribi juga dilaporkan menerima sumbangan dana dari keluarga DiRaja Arab Saudi. Apa yang dengki sangat tentang derma yang diperolehi oleh Najib Razak?

Adalah lebih baik, Tuan Ibrahim menumpukan usaha dan fokus kepada kutipan Tabung Memali yang tidak diketahui jumlahnya. Bahkan, ke mana wang itu disalurkan, perlu juga disiasat kerana kita juga mungkin salah seorang penyumbangnya. Wang hasil derma rakyat, maka kembalikanlah hitam putih dokumentasi kepada rakyat, yang ingin tahu. Jika tidak tahu di mana harus beliau bermula, maka carilah insan bernama Cikgu Non, atau dikenali juga sebagai C.N. Afghani.

Selesai isu Tabung Memali, Tuan Ibrahim boleh pula melihat ke mana hilangnya deposit Kohilal, yang dalam bahasa Jawa dibilang juga sebagai “Kok Halal?”.  Kita pasti, ramai juga ahli PAS yang mahu tahu misteri kehilangan yang telah lama menyelubungi mereka.

Selesai Kohilal, Tuan Ibrahim boleh mula mengadakan audit ke atas kutipan-kutipan derma yang dijalankan sepanjang siri ceramah PAS.

Bukankah sifatnya sama, iaitu derma. Jika Tuan Ibrahim Tuan Man berjaya menyelesaikan masalah-masalah pentadbiran partinya sendiri, maka barulah beliau punya kredibiliti untuk mempersoalkan derma yang parti lawan terima.

Bertaraf Timbalan Presiden PAS, tentunya kita harapkan beliau seharusnya lebih kritis dalam mengutarakan sebarang isu. Jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan Ustaz Nasharuddin pada suatu waktu dahulu.

Bikin malu saja...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment