Tuesday, January 26, 2016

RM2.08 Bilion Daripada Kerabat Diraja Arab Saudi, Lapor BBC

http://static01.nyt.com/images/2012/10/22/timestopics/BBC/BBC-sfSpan.jpg
PETALING JAYA : Satu sumber dari Arab Saudi telah mengesahkan dengan British Broadcasting Company (BBC) bahawa dana $681 juta (RM2.08 bilion) telah disalurkan dari negara teluk itu ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber yang tidak dinamakan itu, yang didakwa BBC sebagai satu ‘kedudukan yang baik’, berkata pembayaran itu dibenarkan oleh Allahyarham Raja Abdullah dan diperoleh daripada wang negara dan kewangan peribadi.

BBC melaporkan bahawa wang yang disumbangkan itu adalah untuk membantu Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum 2013.

Menurut BBC, sumber itu berkata, sumbangan itu juga dibuat untuk menggagalkan pengaruh Ikhwanul Muslimin.

BBC juga menjelaskan bahawa pengasas parti pembangkang PAS telah diilhamkan oleh Ikhwanul Muslimin, tetapi mengakui bahawa ia dilihat tidak mempunyai banyak sokongan di Malaysia.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment