Tuesday, January 26, 2016

Najib Terbukti Tidak Bersalah Dalam Isu 2.6 Billion - Peguam Negara

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/AG_MOHAMED_APANDI_260116_TMINAZIRSUFARI_04.jpg
Adakah berdosa besar bagi seorang pemimpin itu menerima dana daripada keluarga diraja Arab Saudi sebanyak RM2.6 bilion, bagi memulihkan ekonomi negara dan membela nasib rakyat?? Sehingga terpaksa berdepan pelbagai kutukan dan kritikan, padahal dirinya langsung tidak bersalah.

Jabatan Peguam Negara telah mengesahkan bahawa tiada satu pun kesalahan jenayah yang boleh dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak, sebagai individu yang memegang amanah untuk menguruskan dana tersebut.

Malah tindakan memegang amanah yang diberikan bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan. Sebaliknya semua orang dituntut untuk berpegang teguh terhadap amanah yang diberikan. Berdosa besar kalau kita pecah amanah.

Malah Najib juga telah disahkan dirinya bersih daripada tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perkara ini membuktikan bahawa dana tersebut bukanlah rasuah seperti yang didakwa pembangkang sebelum ini.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihak mereka telah membuat siasatan dengan terperinci dan mendapati tiada kesalahan jenayah yang berjaya kaitkan perdana menteri tersebut. Oleh yang demikian, beliau teramat berpuas hati dengan keputusan tersebut dan mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup.

Kertas-kertas siasatan yang dimaksudkan beliau, satu diantaranya adalah kes yang yang melibatkan kontroversi dana RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan lagi berkaitan dengan kes SRC International yang sudah dikemukakan kembali kepada SPRM.

“Berhubung kertas siasatan berkait dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion).

“Dana berkenaan, yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri, daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa balasan.

“Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi, termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan terbabit diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment