Tuesday, January 26, 2016

Isu Kepentingan Agama Dan Bangsa Tak Penting Untuk DAP

http://www.pru14.tv/wp-content/uploads/2014/10/dap-jahat-670x473.jpg
Sudah dijelaskan berjuta kali hingga berbuih mulut mengingatkan umat Melayu yang menyokong DAP, bahawa parti itu sememangnya racist dan hanya mementingkan kaum keturunan mereka sahaja.

Malah jelas lagi bersuluh didepan mata apabila pemimpin DAP, Tony Pua memaklumkan bahawa isu kepentingan agama dan bangsa adalah isu sampah yang tidak perlu diketengahkan oleh DAP.

Katanya, DAP enggan melayani isu agama dan bangsa kerana isu terbabit tidak penting, berbanding isu pentadbiran negara dari segi ekonomi yang didakwa pembangkang kononnya semakin 'tenat'.

"Ia adalah satu perang dimana satu pihak cuba untuk mengurangkan kepentingan pentadbiran dan menekankan kepentingan isu perkauman dan agama, sementara sebelah pihak lagi sebaliknya.

"Itu yang Pakatan Harapan harapkan, iaitu ada kesedaran di mana terdapat hubungan antara pentadbiran dan kos sara hidup serta keperotan yang dihadapi hari ini," kata Setiausaha Publisiti DAP itu.

Kenyataan pemimpin DAP ini jelas menunjukkan bahawa DAP sememangnya enggan mengutamakan hak agama dan bangsa kaum lain, khususnya kaum Melayu yang merupakan pemilik tanah air.

Memang tidak dinafikan isu pentadbiran ataupun isu ekonomi merupakan isu yang penting.... Tapi dalam masa sama, isu agama dan bangsa juga merupakan isu yang penting buat kaum Melayu yang merupakan tuan tanah di negara ini.

Selain itu, tidak dinafikan DAP mahu kepentingan agama dan bangsa dihapuskan bagi membolehkan mereka mentadbir negara tidak berlandaskan syariah Islam, dan memberi kelebihan kepada kaum cina di negara ini seperti yang berlaku di Singapore.

Oleh demikian, adakah kaum Melayu masih buta dan mahu anak cucu mereka hidup dibawah pentadbiran Cina kiasu??? Jika mahu maka teruskan dengan membuta mata dan hati menyokong parti cina kiasu itu!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment