Friday, January 29, 2016

Lesen Memandu Malaysia Boleh Digunakan Di Thailand

Rakyat Malaysia yang ingin memandu di negara jiran Thailand tidak perlu memiliki lesen memandu antarabangsa, sebaliknya hanya cukup dengan lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Duta Besar Thailand ke Malaysia, Damrong Kraikruan berkata beliau menafikan ada dakwaan bahawa pihak berkuasa Thailand mengeluarkan arahan rakyat Malaysia yang mahu memandu kenderaan di negara itu, perlu memiliki lesen memandu antarabangsa berkuatkuasa bulan depan.

"Penyebaran maklumat mengenai perkara itu seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak benar sama sekali.

“Atas semangat ASEAN, negara anggota memperakui lesen memandu yang dikeluarkan pihak berkuasa masing-masing, dan sah digunakan untuk memandu di kalangan negara anggota,” katanya.

Damrong berkata demikian di Kangar, Perlis sebelum berlepas ke Kuala Lumpur selepas mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.

Menurut maklumat yang disebarkan di laman sosial, pihak berkuasa Thailand akan membuat sekatan jalan raya di tempat tertentu untuk menahan pemandu asing di negara berkenaan yang tidak memiliki lesen antarabangsa. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment