Friday, January 29, 2016

PKR Dan DAP Mula Lupa Diri Sejak Ketiadaan Almarhum Nik Aziz

Sejak terkuburnya Pakatan Rakyat (PR), Pas seakan-akan tidak dapat menerima bahawa mereka tidak lagi diperlukan oleh parti dalam gabungan tersebut iaitu DAP dan PKR... Malah, lebih mengecewakan Pas sering diherdik oleh DAP yang hanya disaksikan oleh PKR.

Terkuburnya PR menjadi tanda tanya buat semua pihak... Semua tertanya mengapa PR yang dikatakan begitu gah untuk menawan Putrajaya akhirnya terkubur di tengah jalan... Malah, dengan insiden DAP sering menyerang Pas dalam isu pelaksanaan hukum hudud, membuatkan Pas menjadi punca terkuburnya PR dimata rakyat.

Namun begitu, benarkah Pas menjadi punca terkuburnya PR sehingga tertubuhnya parti serpihan Pas yang menjadi parti acuan DAP, Parti Amanah Negara (PAN)??

Bagi menjawab mengapa terkuburnya PR, Ketua Pemuda Pas Nik Abduh Nik Aziz tampil menjawab dengan mengatakan terkuburnya gabungan parti pembangkang itu, kerana DAP dan PKR mula lupa diri dan tidak menghormati sesama rakan sekutu.

Nik Abduh yang kecewa dengan sikap DAP yang berjaya menguburkan PR berkata, sejak ketiadaan ayahnya DAP dan PKR mula membuat haluan masing-masing tanpa memikir kerjasama dan penyatuan antara parti pembangkang.

Tambah Nik Abduh, ketika ayahnya masih hidup, ayahnya dihormati  oleh rakan sekutu walaupun berbeza ideologi politik, namun selepas ayahnya dipanggil menghadap Ilahi, DAP dan PKR mula mempamerkan sikap 'jaguh' masing-masing.

"Ketiadaan almarhum ayahanda Nik Aziz amat-amat dirasai oleh dunia politik, seperti yang disebut sesetengah pihak mungkin menjadi faktor antara punca perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

"Tiada orang tua yang benar-benar dihormati bila Nik Aziz tiada. Masing-masing membawa diri parti-parti politik, dan tiada kekuatan hingga hari ini yang mampu menyatukan. Tetapi kita tahu bahawa politik ini perlu diteruskan dengan siapa yang ada, kita tidak boleh mengenangkan Tun M di zaman Najib, Kerana kita adalah kita hari ini dan kita selesaikan bersama. Jangan menanti yang telah pergi," kata Nik Abduh.

Kenyataan Nik Abduh ini telah membuktikan bahawa tiada lagi PR seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pemimpin Pas.. Walaupun Pas tidak lagi berada dalam PR ataupun mana-mana gabungan pakatan, ia tidak bermakna bahawa Pas tidak mempunyai sokongan.

Lagipun, dengan insiden yang dipamerkan DAP terhadap Pas telah membuka mata umat Melayu bahawa DAP itu merupakan parti anti Islam, kerana menghalang pelaksanaan hukum Islam dilaksanakan.

Apa yang diharapkan umat Melayu adalah Pas dapat bekerjasama dengan Umno untuk sama-sama menentang DAP dan sekutunya, yang jelas menentang hukum Islam dan tidak mahu negara ini ditadbir berlandaskan Islam!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment