Tuesday, January 26, 2016

Najib Serah Senarai Nama Calon Baharu Menteri Besar Kedah

istana
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dilihat hadir di kawasan Istana Negara bagi mengadakan pertemuan dengan Sultan Kedah, Tuanku Halim Muadzam Shah.

Pertemuan pada hari ini dikatakan berkisar tentang penyerahan senarai nama calon baharu Menteri Besar Kedah bagi mengantikan Dato’ Seri Mukhriz.

Senarai calon yang disenaraikan memerlukan perkenan Sultan Kedah bagi meneruskan prosedur melantik Menteri Besar Kedah yang baharu.

Beliau dilihat tiba di Istana Negara pada jam 7.50 pagi.

Datuk Seri Najib dijangka akan menghadap sultan  pada pukul 8 pagi ini.

Terdahulu, Sebahagian Exco Kedah membuat undi tidak percaya terhadap Dato’ Seri Mukhriz dan mahu beliau dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment