Friday, January 29, 2016

DAP Tolong Audit Kos RM30 Juta Cat Laluan Pejalan Kaki Dan Basikal Dahulu!

KUALA LUMPUR : Mengapa perlu mencampuri urusan institusi kewangan hak milik Islam sepenuhnya itu dan sepatutnya parti Dap menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengaudit kos mengecat laluan pejalan kaki dan basikal yang bernilai RM30 juta di negeri berkenaan, bidas Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Menurut beliau, rupa-rupanya prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) yang dilaung-laungkan oleh Dap hanya akan ‘terpakai’ oleh mereka apabila melibatkan orang lain, tetapi tidak diamalkan sebenar untuk mereka sendiri.

“Lebih prihatin dengan kewangan orang lain sedangkan kewangan sendiri? Bajet Pulau Pinang yang lapan tahun berturut-turut mengalami defisit adakah tidak mahu diaudit?
Audit Kos Laluan Basikal 
“Untuk rekod, Bajet 2009 defisit RM39.4 juta dan angka semakin melebar ke RM292.1 juta bagi tahun 2016.

“Bukan sesuatu yang pelik taktik pembangkang terutama Dap sekarang ini yang sekian kali mencuba untuk menyerang institusi kewangan Islam dan Bumiputera sepertimana sebelum ini membina persepsi negatif seperti terhadap Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem), Pusat Zakat dan Majlis Amanah Rakyat (Mara),” katanya kepada pihak media.

Baru-baru ini dilaporkan, Timbalan Bendahari Agong Dap, Nga Kor Ming berkata, audit yang telus wajib dibuat ke atas Tabung Haji, hanya kerana merujuk kepada notis nasihat daripada Bank Negara kepada institusi yang menjaga kebajikan dan kepentingan umat Islam itu di negara ini untuk menunaikan ibadah haji.

12.5 kilometer untuk RM30 juta, bermakna satu kilometer berharga RM2.4 juta! Itu yang sepatutnya Dap audit, tegas Norliza lagi yang juga merupakan Ahli Dewan Negara.

“Ada baiknya juga Dap menasihati rakan sekutunya di Selangor supaya sama-sama mengaudit kos baik pulih pintu gerbang Kota Darul Ehsan di negeri itu yang menelan belanja hampir RM10 juta.

“Sebenarnya juga Dap lebih berminat memburuk-burukkan orang lain kononnya korupsi, tidak amanah tetapi mereka yang sebenarnya yang bertindak sedemikian.

“Jika tidak, mengapa diam seribu bahasa apabila dibangkitkan isu dana RM1.2 bilion oleh Israel sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sebagaimana pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang mendesak supaya Dap menafikan dakwaan tersebut hasil pembongkaran daripada Mohamed Razali Abd Rahman, bekas Setiausaha Organisasi Dap sendiri,” katanya.

Norliza turut menimbulkan persoalan adakah mereka ini ada integriti jika pemilihan di peringkat pusat sebelum ini pun mereka boleh salah kira.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment