Friday, January 29, 2016

Pemuda PAS Mahu Ambil Kesempatan Atas Krisis MB Kedah

Kemelut Menteri Besar Kedah yang dikhabarkan bakal diakhiri dengan Datuk Mukhriz Mahathir bakal disingkirkan pada hari ini, mendapat perhatian oleh semua pihak... Kemelut ini turut mendapat perhatian parti pembangkang dengan rata-ratanya tidak menyokong Mukhriz disingkirkan.

Pemuda Pas juga tidak melepaskan peluang untuk mempertahankan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dengan mengatakan mereka tidak menyokong bahawa Mukhriz digantikan, kerana Pas tidak suka dengan usaha untuk menukar Menteri Besar di tengah jalan.

Menurut Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz kemelut yang melanda negeri Kedah itu perlu diselesaikan segera dengan menghentikan desakan pihak tersebut, dan jika mahu Menteri Besar ditukar ianya perlu ditunggu sehingga hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dalam masa sama, Nik Abduh yakin bahawa dengan kemelut yang melanda di negeri Jelapang Padi itu, bakal memberi peluang kepada Pas untuk merampas semula negeri Kedah pada PRU akan datang.

"Kita (Pas) yakin walaupun tanpa krisis ini, kita yakin bahawa kita akan menang dan krisis ini dapat menambahkan keyakinan untuk menawan kembali Kedah," kata Nik Abduh.

Menjadi persoalan disini, benarkah Pas tidak akan mengambil peluang dengan kemelut yang melanda ini bagi membolehkan parti Islam itu merampas semula?? Jika benar Pas tidak mengambil peluang dengan kemelut ini, sudah pasti Pas akan menyokong Menteri Besar Kedah diganti sepertimana yang berlaku di negeri pembangkang.

Walaupun Pas yang kononnya tidak mahu mengambil peluang atas kemelut yang melanda di negeri Jelapang Padi itu, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada Umno/BN untuk terus mengekalkan Kedah pada PRU akan datang.

Daripada Pas berangan untuk merampas Kedah dengan perjuangan 'lone ranger', lebih baik Pas berkerjasama dengan Umno untuk terus mengukuhkan kerajaan Islam di negeri itu daripada dirampas oleh parti anti Islam!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment