Friday, January 29, 2016

Penjawat Awam Bakal Nikmati Kenaikan Gaji Julai Ini

PUTRAJAYA : Kakitangan awam dijamin akan terus menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan pada Julai nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas Pengubahsuaian #Bajet2016 di sini, hari ini.

Menurut Najib lagi, kenaikan tersebut kekal dalam peruntukan #Bajet2016 sebelumnya dan tidak akan diubah demi kebajikan kakitangan awam di negara ini.

Najib dalam pada itu turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk bagi yang dilantik secara kontrak.

Jelasnya, pengubahsuaian yang dilakukan tidak akan melibatkan emolumen kakitangan awam, pencen pesara dan tidak‎ akan menjejaskan mekanisme penyampaian kerajaan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment