Tuesday, January 26, 2016

Muslihat Disebalik Billboard Mahu Bebaskan Penjenayah Dari Penjara…

Sejak akhir-akhir ini, semakin melampau pula gerakan pihak tertentu yang bersungguh-sungguh mahu membebaskan seorang banduan yang dipenjara atas satu kesalahan jenayah yang telah disahkan mahkamah tertinggi negara.

Bagaikan tidak puas dengan tempoh perbicaraan yang ‘membebaskan’ penjenayah tersebut selama 7 tahun sebelum disumbat ke penjara, kali ini lebih meriah pula apabila mereka selamba menaikkan ‘billboard’ kempen yang mahu banduan itu dibebaskan.

Terkini, dikatakan sudah ada 3 billboard sedemikian rupa. Dua billboard di Selangor dan satu lagi di Pulau Pinang. Walaupun satu billboard difahamkan telah diturunkan oleh pihak yang tidak diketahui, naik dua lagi billboard memualkan tekak itu di Pandan dan Kajang.

Kita sendiri tidak tahu di mana letaknya harga sistem perundangan dan keadilan di negara kita. Apa yang kita belajar dulu, undang-undang di negara kita mengamalkan prinsip ‘tidak bersalah sehingga dibuktikan benar-benar bersalah’. Prinsip yang bertentangan dengan sistem perundangan Perancis.

Namun kes banduan itu telah dibicarakan seadil-adilnya selama 7 tahun setelah ditunda beratus kali oleh peguam yang mewakili banduan berkenaan.

Malah dari Mahkamah Tinggi, kes banduan itu diheret ke Mahkamah Rayuan hinggalah ke mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan atau turut dikenali sebagai Mahkamah Agung di istana kehakiman negara.

Difahamkan bahawa individu yang menjadi mangsa banduan itu juga hidup tertekan selama lebih 7 tahun dan dikhabarkan imejnya tercemar ekoran kes berprofil tinggi itu menjadi bahan kutukan pada mereka yang menyokong banduan tersebut.

Namun ternyata undang-undang tetap undang-undang. Ia tidak memilih bulu, darjat atau parti. Siapa yang dibuktikan bersalah dengan bukti-bukti kukuh dan ‘beyond reasonable doubt’, maka tiada tempat yang lebih sesuai bagi mereka di Malaysia melainkan penjara.

Namun mengapa budaya membela banduan ini cuba dicetus pihak terbabit? Apakah mereka tidak hormat pada kedaulatan undang-undang? Di mana agaknya kepatuhan mereka-mereka ini kepada prinsip RUKUNEGARA yang menjadi kunci keharmonian negara selama ini?

Jika ditiru sikap buruk pihak tersebut, kita yakin bahawa setiap keluarga banduan yang mampu untuk membiayai kos untuk membuat sebarang bentuk banner, sepanduk, bunting, billboard atau poster, pasti akan mengikut jejak langkah yang serupa.

Malah sekiranya banduan tersebut ‘terlepas dari kandang’ yang menghukum jenayahnya, adalah tidak adil sekiranya banduan-banduan lain tidak dibebaskan dari terus menjalani hukuman atas jenayah yang mereka lakukan.

Pada pandangan kitalah, pihak yang berkempen di billboard itu sebenarnya sedar bahawa dengan memasang 1,000 atau 1 juta billboard sekalipun, banduan tersebut tidak akan dilepaskan dari hukuman yang dia jalani. Mereka sedar…

Namun mengapa mereka terus berkempen dan memasang billboard?

Pada kita, mereka mungkin sebenarnya sengaja berbuat demikian untuk menaikkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan. Dengan meletakkan muka penjenayah itu besar-besar di khalayak umum, maka senanglah mereka menduduh kerajaan konon bersikap zalim terhadapnya.

Malah mungkin juga dengan cara itulah mereka mahu rakyat ingat pada penjenayah tersebut. Dengan cara itu, maka penjenayah itu akan segar dalam ingatan rakyat. Tapi mungkin mereka tidak sedar bahawa apabila terpandang wajah banduan itu ada yang secara spontan menutup punggung mereka dengan tangan. Bukan apa, takut bolos! 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment