Friday, January 29, 2016

Mukhriz Sengaja Mahu Cetus Kekecohan, Ku Nan Sudah Maklumkan Tidak Perlu Hadir

http://img.astroawani.com/2014-11/61417064284_295x200.jpg
Datuk Seri Mukhriz Mahatir sengaja mahu mencetuskan kekecohan apabila hadir ke mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini biarpun tidak dijemput.

Beliau diminta meninggalkan mesyuarat MT petang tadi oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
http://www.todayonline.com/sites/default/files/styles/photo_gallery_image_lightbox/public/14900613_0.JPG?itok=XcAgBxRR
Malah sumber pejabat Setiausaha Agung UMNO menyatakan Mukhriz tekah dimaklumkan terlebih awal supaya tidak hadir kerana mesyuarat MT kali ini tidak memerlukan kehadiran beliau.

Sementara itu, penganalisis politik, Ab Jalil Backer menulis dalam akaun Facebooknya bahawa jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bukanlah secara automatik ahli Majlis Tertinggi UMNO. 

“Mereka yang kalah atau tidak dilantik sebagai ahli MT hanya dijemput hadir mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO apabila diperlukan.”

“Sekiranya tiada jemputan, maka tiada sebab untuk beliau turut hadir dalam mesyuarat terbabit. Sekiranya dimaklumkan tidak perlu hadir maka tiada asas peraturan untuk beliau tetap hadir.”

“Malah kehadiran Pengerusi Negeri hanya sebagai “turut hadir” dan tidak boleh memberi pandangan kecuali diminta.”

“Maka tiada sebab untuk Datuk Paduka Mukhriz Mahathir hadir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO hari ini kecuali beliau mahu menjadikan ini sebagai propaganda politik dan menagih simpati.”

Untuk rekod Mukhriz tidak dilantik sebagai Ahli MT selepas beliau kalah Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu. Selalunya beliau hanya dijemput turut hadir sebagai pemerhati mesyuarat sahaja.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment