Friday, January 29, 2016

Menteri Besar Kedah Yang Baharu Angkat Sumpah Isnin Ini??

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, dipercayai bagi mendapat perkenan berkaitan penukaran Menteri Besar Kedah.

Najib yang menaiki kereta rasmi perdana menteri, tiba di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan, di sini, kira-kira jam 8.15 pagi sebelum dilihat meninggalkan istana itu pada jam 9.15 pagi.

Ahli jemaah pemangku Sultan Kedah ialah Tunku Temenggong, Tunku Sal­lehud­­din ibni Almarhum Sultan Badlishah; Tunku Laksamana, Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar, Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Difahamkan, pertemuan itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din. Difahamkan jika semuanya berjalan lancar, Menteri Besar Kedah yang baharu akan mengangkat sumpah pada Isnin.

Dalam masa yang sama, portal berita The Star melaporkan bahawa pegawai-pegawai Mukhriz sudah pun mula ‘mengemas’ pejabat dan kediaman rasmi MB di Sri Mentaloon, Alor Setar.

Polemik kepemimpinan Mukhriz tercetus apabila kumpulan wakil rakyat UMNO diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Ahmad Bashah Bashah Md Hanipah mengisytiharkan hilang kepercayaan kepada beliau baru-baru ini.

Jentera pentadbiran kerajaan Kedah juga gagal berfungsi selepas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang menyokong gerakan menjatuhkan Mukhriz ‘memboikot’  mesyuarat EXCO, Rabu lalu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment