Friday, January 29, 2016

Dana Dan Hubungan Dengan Israel : NGO Desak Kepimpinan Dap Usah Sembunyi Kepala

KUALA LUMPUR : Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini mendesak kepimpinan parti Dap agar tidak terus menyembunyikan kepala sebaliknya segera memberikan penjelasan terhadap dakwaan Razali Abdul Rahman berhubung perjanjian untuk mewujudkan pengkalan tentera Israel di Port Dickson sekiranya mereka memenangi pilihanraya umum ke 13 yang lalu.

Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS), Ustaz Rosdi Long berkata, kepimpinan Dap perlu memberikan penjelasan kepada rakyat, khususnya umat Islam di negara ini tentang dakwaan bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa wujudnya kerjasama dan perjanjian antara kepimpinan parti tersebut dan Israel.

“Ini merupakan satu dakwaan yang amat serius. Kepimpinan Dap mesti memberikan penjelasan segera berhubung perkara ini. Setakat ini kepimpinan Dap hanya menafikan perkara tersebut namun penafian itu dilihat hanya seolah-olah melepaskan batuk di tepi tangga sahaja. Bahkan mereka juga mengancam untuk menyaman Razali, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan yang diambil.
hubungn Dap dan Israel
“Bagi saya, isu kerjasama dengan Israel ini menjadi persoalan di kalangan rakyat khususnya umat Islam di negara ini. Pertamanya isu ini amat sensitif kerana ia merupakan isu agama di mana sejak lebih 60 tahun umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara ini menentang kezaliman dan pembunuhan yang dilakukan oleh regim tersebut terhadap rakyat Palestin.

“Yang keduanya, jika benar dakwaan tersebut, maka jelas bahawa wujudnya isu pengkhianatan di situ apabila kepimpinan Dap telah bekerjasama dengan sebuah negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia malah turut mengadakan perjanjian kerjasama politik sekiranya mereka menang PRU ke 13 yang lalu.

“Jika kepimpinan Dap mendakwa tuduhan itu hanya fitnah, maka Dap perlu melakukan sesuatu. Jika mereka terus berdiam diri nampaknya seolah-olah mereka membenarkan saja tuduhan tersebut,” tegasnya kepada pihak media di sini hari ini.

Manakala menurut Pengerusi Barisan NGO-NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar turut menggesa kepimpinan Dap memberikan penjelasan secara terbuka kepada rakyat di negara ini, khususnya umat Islam terhadap tuduhan yang mendakwa parti tersebut bekerjasama dengan Israel untuk memenangi PRU yang lalu.

“Tuduhan bekerjasama dengan Israel ini amat serius bagi umat Islam di negara ini, namun setakat ini tiada sebarang penjelasan yang memuaskan hati semua pihak dari kepimpinan Dap berhubung tuduhan ini. Malah setakat ini, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap Razali yang telah mendedahkan perkara ini sejak beberapa tahun yang lalu.

“Bahkan pendedahan Razali yang mendakwa Dap juga menerima dana politik sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel untuk merealisasikan kemenangan pakatan pembangkang di dalam PRU ke 13 yang lalu masih juga tidak dijawab secara tuntas oleh kepimpinan Dap. Justeru itu, saya mewakili suara NGO di peringkat akar umbi menggesa Dap agar segera memberikan penjelasan berhubung tuduhan ini,” ujarnya.

Dzulkarnain Taib, Presiden Yayasan Media Hebat (YMH) pula meminta pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan Razali Abdul Rahman berhubung dakwaan kerjasama parti tersebut dengan negara Israel.

“Pada pandangan saya, satu siasatan perlu dilakukan di atas dakwaan Razali itu kerana tuduhan yang dilontarkan beliau itu amat serius. Ini memandangkan jika wujud kerjasama dengan Israel maka ada kemungkinan rundingan itu berlaku di luar batasan undang-undang, kerana negara kita sendiri tidak mengiktiraf negara Israel dan tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

“Saya juga menuntut penjelasan serta pendirian daripada kepimpinan Dap terhadap regim Zionis yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat di Palestin. Jika Dap masih berdolak dalih dengan penafian yang tidak meyakinkan serta tidak bertindak menyaman Razali yang mendakwa mereka menerima dana sebanyak RM1.2 bilion daripada regim itu, bermakna tindakan mereka itu seolah-olah mengesahkan kebenaran dakwaan Razali itu,” tegasnya.
Dana Israel

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment