Tuesday, January 26, 2016

Mukhriz Guna Khidmat "Bomoh" Untuk Kekalkan Jawatan MB Kedah??

http://www.mynews21.net/wp-content/uploads/2015/04/dc6a34cddcdc355994851dd7b6faf2ee_XL.jpg
Apa sahaja jalan yang ada bagi mengekal jawatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sanggup gunakannya. Maksud apa sahaja tu maknanya semua… Siapa sahaja yang yakin dapat menghalangnya dari dipecat, pasti akan diminta pertolongannya. Sama ada dari segi sukarela atau berbayar, kita rasa kalau kena bayar mestilah mereka sanggup buat punya. Betul tak?

Termasuk ‘bomoh’ ke?? Tetapi ‘bomoh’ yang kita maksudkan di sini bukanlah bomoh ilmu hitam tu… Cumanya ‘bomoh’ Tuan Guru sekolah pondok. Umum sedia maklum yang Mukhriz kerap luangkan masa di sekolah-sekolah pondok, jadi pasti Tuan Guru di sekolah pondok tu sanggup bantu selamatkan Mukhriz dari digugurkan. Haaaa.. Pi buat muka kesian dua kupang sikit, mesti dorang sanggup bantu punya...

Menurut Pegawai Khas kepada Menteri Besar, pihak mereka akan berperang habis –habisan demi mempertahankan Menteri Besar kesayangan mereka. Malah mereka sanggup merayu dan melutut di kaki pihak istana, semata-mata mahu menuntut tempoh penangguhan bagi pemecatan Mukhriz dari jawatan yang disandangnya sekarang ini.

“Hari ini tuan-tuan dan puan-puan, benteng terakhir kita adalah istana, kita nak mohon perkenan yang mulia tuanku, menangguhkan nak turun MB kedah,” kata Pegawai Khas Mukhriz.

Bantuan yang dimaksudkan termasuklah tuan Guru, bagi mereka jalan terakhir untuk selamatkan Mukhriz adalah dengan merayu kepada pihak istana. Sebab itu lah mereka mahu mempergunakan khidmat tuan Guru bagi ‘merasuk’ pihak istana.

Iyalah… Tuan Guru kan banyak ilmunya, cara percakapannya dengan berhadis-hadis bagai tu mungkin akan mencairkan pihak istana. Kita sebagai orang biasa pun mesti akan hormat orang-orang yang ilmuan ni kan. Bagi pihak istana tak tahu la macam mana, terpengaruh atau pun tidak.

“Jadi siapa nak buat, yang ini la yang kita dok pikiaq kita akan buat satu pergerakan, kalau tak ada jalan lain lagi, jalan terakhir ialah istana.

“Kita akan bawa kepada tok guru atau siapa-siapa yang boleh bercakap dan merafak sembah kepada duli yang maha mulia tuanku temenggung untuk mempertahankan MB Besar Kedah,” ujarnya lagi.

Mungkin itu sahaja jalan terakhir untuk geng Mukhriz 'menghidupkan kembali' tuannya dari digugurkan. Memang sudah tiada jalan lain selain redha jela. Tapi persoalannya untuk apa mereka ni bertungkus lumus susah payah nak selamatkan Mukhriz?? Pihak istana sudah perkenankan tuntutan pemecatan Mukhriz, jadi sia-sia jela usaha mereka....

Ditambah pula dengan hampir kesemua Exco dan ADUN Kedah telah melakukan undi tidak percaya kepada Mukhriz. Menuntut dan mendesak supaya anak Mahathir itu digugurkan daripada jawatan sebagai Menteri Besar. Jadi kenapa nak pergunakan tuan Guru bagai?? Tak malu ke?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment