Tuesday, January 26, 2016

Berapa Juta SPRM Dibayar Untuk Burukkan Najib?

bahri-sprm
Kenyataan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) “berkemungkinan besar” akan merayu terhadap keputusan peguam negara menutup kes dana RM2.6 bilion serta SRC International merupakan satu kenyataan bermotifkan politik yang memalukan.

Bahri Mohd Zin berkata kepada media beliau menganggap kes berkenaan sebagai “straightforward” (tidak kompleks).

Persoalan kini, atas sebab dan alasan apa Bahri membuat kenyataan “BERKEMUNGKINAN BESAR”? 

Sebagai agensi penguatkuasa undang-undang, SPRM sepatutnya bertanggungjawab menganalisis arahan Peguam Negara sebelum membuat apa-apa keputusan.

Apabila keputusan telah dibuat oleh SPRM untuk merayu kepada Peguam Negara, maka mereka sepatutnya membuat rayuan terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada massa.

Malangnya, apa yang berlaku sekarang, Bahri, yang sebelum ini disyaki mempunyai agenda politik, telah membuat kenyataan yang kabur dan terburu-buru. 

Perkataan kemungkinan besar tersebut bermakna beliau sendiri tidak pasti hendak membuat rayuan atau tidak. 

Apakah Bahri dan pegawai-pegawai tertentu dalam SPRM telah dibayar atau sedang menunggu siapa menawarkan sesuatu sama ada untuk meneruskan agenda memburukkan Perdana Menteri atau berdiam diri?

Kita bukan menuduh hanya bertanya. Pertanyaan ini berdasarkan tindakan SPRM sendiri yang begitu beria-ria memarakkan isu ini tanpa sebab membuat kajian terhadap keputusan Peguam Negara. 

Sudah menjadi gosip umum bahawa kumpulan yang mahu menjatuhkan Mohd najib Razak dibiayai oleh bilionaire-bilionaire cina tempatan. 

Maka kepantasan dan kesungguhan Bahri membuat kenyataan bagi pihak SPRM menimbulkan tanda tanya apakah ada sesuatu?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment