Tuesday, January 26, 2016

MB Kedah : “Mukhriz Akui Sudah Tewas”

mukhriz-jerlun
JERLUN : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir malam ini memberi isyarat jelas bahawa beliau bakal meninggalkan jawatan Menteri Besar tersebut dalam krisis politik kedah kali ini setelah hanya dua orang ADUN masih menyokong beliau.

Berucap di hadapan kira-kira 200 orang penyokong beliau dekat sini, Mukhriz menyatakan memberi tahu isterinya bahawa beliau sudah “mengemas” semua barang-barang dan bersedia berpindah bila-bila masa sekiranya digugurkan.

Mukhriz juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sharif dan ADUN Jitra, Datuk Aminuddin Omar kerana setia kepada beliau sehingga saat akhir.

“In sha Allah kedua-dua mereka akan saya bawa sekiranya saya naik ke atas suatu ketika nanti.”

Mukhriz juga menyindir media yang menyatakan BN Kedah sudah mendapat perkenan Sultan untuk menggantikan Menteri Besar tapi sehingga kini belum melakukan apa-apa.

“Kata sudah dapat perkenan, tapi sampai sekarang tidak angkat sumpah lagi.. sampai kata sudah susun kerusi, jadi saya minta rakan-rakan dari media agar janganlah buat macam tu… taktik tu kita dah faham.”

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment