Tuesday, January 26, 2016

Demonstrasi Anti-TPPA Protes Yang Tak Menjadi

mat sabu - protes tppa
Protes Bantah TPPA tempohari adalah sia-sia. Jumlah kehadiran protes itu saja sudah cukup untuk membezakan antara retorik dan realiti.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengaggarkan jumlah peserta kira-kira 25,000 di Padang Merbok saja.

Bagaimanapun pemerhatian Malaysiakini di situ dan Dataran Merdeka, jumlah kehadiran maksimum adalah kira-kira 5,000 orang saja.

Kehadiran itu berlaku selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang – yang tidak hadir bersama orang ramai – melancarkan kempen mengajak rakyat turun membantah pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) itu.

Sebahagian besar penunjuk perasaan pula adalah ahli PAS dan ia jauh lebih rendah daripada kehadiran yang mampu digerakkan parti berkenaan seperti sebelum ini.

Ditanya mengenai jumlah kehadiran yang kecil itu, salah seorang ahli PAS dari Terengganu memberi alasan, rakyat belum memahami benar mengapa TPPA perlu ditentang.

“Orang ramai tak memahami isu ini. Sebab itu rakyat terutama dari kawasan luar bandar tak turun,” kata Abdul Rahman, 55, kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen bersetuju dengan alasan itu.

“Kalau saya kongsikan video (dalam media sosial) seekor kucing bermain piano akan ada ratusan ribu orang menonton, tetapi jika saya poskan sesuatu mengenai TPPA, jumlah yang melihatnya haya antara 5,000 hingga 10,000,” katanya kepada media.

Kata ahli PKR itu, rakyat kebanyakannya bosan dengan pelbagai masalah bebanan ekonomi seperti kos hidup yang tinggi serta pengangguran.

Satu lagi sebab mengapa protes Bantah TPPA tidak mendapat sambutan ialah kegagalan DAP menggerakkan ahli bawahannya.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago adalah pemimpin paling menonjol semalam. Beliau juga mengakui DAP sepatutnya lebih ramai penunjuk perasaan boleh digerakkan.

“Kita boleh lakukan lebih baik tetap rasanya kita menolaknya,” kata beliau.

DAP yang didominasi ahli Cina bagaimanapun tidak semestinya bersikap anti-TPPA.

Sementara itu protes semalam juga menunjukkan bersatu atas perjuangan sama bukan alasan memadai untuk mengetepikan persaingan.

Ketika Naib Presiden PKR Tian Chua menyebut Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam ucapannya di Padang Merbok dia dikutuk penyokong PAS yang melaungkan “Hancur AMANAH”.

Nampaknya perpecahan antara PAS dan AMANAH begitu parah dan seorang pemimpin pembangkang berpendapat ia menyumbang kepada kegagalan menggerakkan protes lebih padu.

Ketika sebahagian penunjuk perasaan berkumpul di Padang Merbok, sebahagian lain pula berada berhampiran Dataran Merdeka.

“Kami tak mahu sebarang pergaduhan berlaku kerana ia akan memberi kesan buruk,” katanya yang enggan dinamakan.

Namun ia tidak menghalang sesetengah anggota Unit Amal PAS dan penyokong parti itu – kebanyakannya berbaju hijau – meninggalkan Padang Merbok untuk melihat keadaan di Jalan Tuaku Abdul Rahman.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pula mengumumkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin akan turun bersama mereka.

Bagaimanapun Dr Mahathir tidak muncul. Begitu juga penyokongnya.

Kegagalan Bantah TPPA semalam menandakan sesuatu yang buruk – cubaan Putrajaya untuk mendapat restu menyertai TPPA minggu ini akan berdepan tentangan yang kecil. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment