Friday, January 29, 2016

PKR Gesa Mukhriz Ikut Jejak Anwar Ibrahim

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/Datuk_Seri_Mukhriz_Mahathir_UMNO_TMIAFIF_101215_19_preview.jpg
Rasa kelakar pula bila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Kedah menggesa Datuk Seri Mukhriz mengikut jejak langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar parti, sekiranya anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu disingkirkan sebagai Menteri Besar Kedah...Lagi kelakar, bila Adun PKR mengatakan Umno merupakan kenderaan rosak yang wajib ditinggalkan Mukhriz.

"Kepada Mukhriz dan mana-mana Adun BN Kedah, jika anda benar-benar mahu kerajaan yang bersih rasuah, jika benar anda mahu perangi rasuah keluarlah daripada Umno. Umno kini hanyalah sekadar kenderaan buruk yang sudah rosak yang wajib dibuang," kata Adun PKR Kedah.

Menjadi persoalannya, beranikah Mukhriz untuk mengikut jejak langkah Anwar untuk keluar parti sehingga menubuhkan sebuah parti yang baharu?? Seperti sedia tahu, bahawa 'aura' Mukhriz tidaklah sehebat 'aura' si peliwat itu.

Lihat sajalah berapa Exco Kerajaan Negeri yang setia menyokongnya... Yang setia kepada Mukhriz hanyalah seorang, iaitu  Exco Belia dan Sukan. Ini jelas Mukhriz tidak mempunyai sokongan yang kuat.

Itu sokongan dari Exco Kerajaan Negeri... Lihat pula sokongan Umno bahagian dan Sayap Umno di negeri itu... Rata-ratanya tidak menyokong dan mendesak bahawa Muhkriz ditukarkan, kerana tidak mesra kepada rakyat Kedah.

Seandainya Mukhriz mengambil keputusan untuk keluar dari Umno, perkara itu tidak langsung menjejaskan kedudukan Umno Kedah kerana tindakan Mukhriz keluar dari parti dengan rela hati itu akan membuatkan Umno terus kukuh dan relevan dihati rakyat.

Menyentuh mengenai dakwaan Adun PKR bahawa Umno merupakan kenderaan rosak yang wajib dibuang, rasanya kenyataan itu lebih sesuai kepada PKR dan pemimpin nombor satu dalam parti itu... Mana tidaknya, sudah jelas terbukti bahawa kepala parti itu jauh terpesong, apabila gemar mencari 'stor kunyit' untuk memuaskan nafsu serakahnya!!

Berbalik kepada gesaan Adun PKR Kedah, rasanya Mukhriz tidak akan mengikut jejak Anwar kerana seperti kita tahu Mukhriz ini seorang yang pengecut dan hanya berani berdiri di belakang bapanya saja!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment