Thursday, March 21, 2013

Antara Nabil dan Abby Abadi


21 Mac 2013


Oleh Nor Azlina Shaari

Video yang sekarang ini berjudul ‘Bangkang Dari Longkang’ semakin menjadi viral sejak beberapa bulan ini.
Video tersebut menampilkan beberapa barisan artis tanah air yang melakukan ‘parody’ terhadap segala aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh gabungan parti pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR)-PAS-DAP.

Salah seorang artis yang turut membintangi video ‘Bangkang Dari Longkang’ itu adalah Nabil Raja Lawak.

Dalam beberapa siri atau tajuk video yang ada, Nabil berjaya membawa watak-watak pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan jayanya. Memperlihatkan perangai sebenar mereka kepada umum.

Walaupun tindakan Nabil membintangi video tersebut mendapat pelbagai kata-kata cacian, makian juga semburan kata-kata kesat, hakikatnya, usaha Nabil itu patut dipuji.

Ini kerana, sudah tiba masanya rakyat perlu sedar perangai sebenar setiap pemimpin tertinggi dari PKR-PAS-DAP.

Sekali lagi, usaha murni Nabil itu patut dipuji. Nabil sendiri meluahkan dia tidak takut dengan apa yang dilakukannya dalam lakonan video ‘Bangkang Dari Longkang’.

Kerana, setiap yang ditonjolkan itu adalah untuk menyedarkan masyarakat Malaysia.


Betapa parti pembangkang tidak mempunyai matlamat yang realistik untuk memimpin negara Malaysia. Segala janji yang ditaburkan hanyalah kata-kata kosong.

Justeru itu, Nabil tidak mahu khususnya rakyat sekarang apatah lagi generasi akan datang tertipu dengan propaganda pembangkang yang mempunyai niat kotor untuk menawan kerajaan yang sedia ada kini.

Seharusnya orang ramai tidak perlu marahkan Nabil kerana apa yang dikatakan oleh Nabil adalah benar semata-mata tentang usaha murni kerajaan untuk menjaga negara, menjaga kebajikan rakyat dan tidak pernah lupa pada janji.

Berbanding dengan parti pembangkang, sejak manifesto 2008 lagi, mereka tidak mampu untuk mengotakan segala janji yang diberikan.

Kalau difikirkan secara logik, mungkin orang ramai patut marahkan pelakon wanita, Abby Abadi yang terlalu lantang bersuara menyalahkan kerajaan dalam setiap perkara.

Abby gemar menuduh kerajaan terlalu zalim kepada rakyat walhal tidak tahu apakah makna sebenar Abby mengenai perkataan ‘zalim’ itu.

Mungkin juga, Abby perlu menonton video ‘Bangkang Dari Longkang’ agar Abby sendiri dapat membuka mata dan fikirannya tentang pemahaman tentang pihak mana yang benar dan pihak mana yang tersasar dari matlamat yang sebenar.

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment