Monday, March 04, 2013

Musykil... Khalid dan Exconya "Pakar Air" Dari Universiti Mana?


5 Mac 2013


khalid-ibrahim-bengap
Sungguh meloyakan anak tekak apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap” yang tidak sedar diri meminta supaya Bernama memperbetulkan fakta dalam laporannya bertajuk “Air Selangor Dalam Keadaan Kucar-kacir” baru-baru ini.

Khalid marah Bernama kerana memetik seorang pensyarah, Dr. Zaharuddin Ahmad Sabri yang merumuskan bahawa pengurusan dan insfrastruktur air di Selangor dalam keadaan kucar-kacir.

Menteri Besar itu mendakwa bahawa Dr. Zaharuddin bukan seorang pakar industri air dan tidak pernah menerbitkan sebarang penulisan berdasarkan kajian secara khusus mengenai pengurusan industri air.

Saya tertanya-tanya, siapakah gerangan pegawai yang ditugaskan Khalid untuk menyiasat latar belakang Dr. Zaharuddin? Kalau dia suruh pegawai dari kem Azmin Ali, maka tidak hairanlah jika Khalid mendapat laporan yang sama sekali memalukan dirinya!

Untuk pengetahuan Khalid, nama penuh Dr. Zaharuddin ialah Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. Beliau adalah seorang pensyarah yang pernah melakukan kajian secara terperinci mengenai industri air di Lembah Klang.

Hasil kajian tersebut telah direkodkan di dalam“thesis” beliau yang bertajuk “Nilai murni dalam pengurusan alam sekitar: satu tinjauan kes pengurusan bekalan air di Lembah Klang” dan ia diarkibkan di UM sebagai kes rujukan.

Khalid boleh suruh “balaci-balaci”nya yang“pandai buat kerja” itu menyerbu ke khutub khanah di UM dan cari hasil kajian karya Dr. Zaharuddin tersebut. Kalau mereka tak jumpa juga, pandai-pandailah tanya pada pustakawan di perpustakaan tersebut.

Jadi, memandangkan wujudnya penulisan Dr. Zaharuddin mengenai industri air itu, maka secara tak langsung menunjukkan Khalid tak tahu fakta sebenar. Sama ada dia ditipu oleh pegawainya yang malas atau tidak, itu Khalid sendiri kena siasat.

Kasihan Khalid “Gagap”. Dia bukan saja menerima laporan yang salah dari pegawainya, malah dia sendiri memalukan diri sendiri apabila tidak menyiasat sendiri kreadibiliti Dr. Zaharuddin. Khalid sengaja“disabotaj” para pegawainya, kah?

Siapa Khalid untuk mempersoalkan kreadibiliti seorang ahli akademik yang punya kelulusan khusus dalam bidang industri air? Dia pakar air dari universiti mana?

Sebelum ini Khalid sering “menyalak” tentang penstrukturan semula air di Selangor dan sering memperlekeh pengurusan operasi industri tersebut di Selangor. Malah dia selalu memperlekehkan pakar-pakar air dari SPAN dan universiti-universiti tempatan.

Selain itu, Khalid menampilkan “badut-badut”dari kalangan Exconya seperti Dr. Xavier, Elizabeth Wong, Tony Pua, Charles Santiago dan dan yang terbaru, Faekah Husin, sebagai “pakar-pakar air Kerajaan Pakatan Haram Selangor.

“Badut-badut sarkas”ini mengelilingi seluruh negeri Selangor untuk menjual “air liur”, mengharapkan rakyat Selangor percaya pada “auta” mereka mengenai krisis air yang melanda negeri itu akibat sabotaj secara halus dari Khalid.

Siapa “badut-badut”ini? Sejak bila seorang doktor pergigian seperti Dr. Xavier bertukar profesyen menjadi “pakar air”? Eli Wong, Tony Pua “Chu Kang”, Charles Santiago dan Faekah itu semua punya kelulusan ijazah dari bidang industri air, kah?

Setahu saya, jangankan diploma, sijil am tentang industri air pun mereka tidak ada!

Jadi, untuk apa mereka “menyalak” mengenai industri air di Selangor? Mereka pernah buat kajian secara akademik berkenaan pengurusan industri air, kah? Apa tajuk kajian mereka? Apa pula tajuk “thesis”mereka? Pernah doktor gigi itu buat “assignment”berhubung industri air di universiti dulu?

Kalau Khalid kalah dan malu dengan “pekung”mengenai masalah air yang kucar-kacir di Selangor didedahkan oleh Dr. Zaharuddin, janganlah serang peribadi. Kalau nak serang sekali pun, biarlah betul faktanya. Jadi tidaklah Khalid malu alang diketawakan orang seperti sekarang!

Sudah ramai pakar-pakar industri air di negara ini yang telah mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Dr. Zaharuddin. Mereka semua pakar-pakar yang diiktiraf dan berkelayakan tinggi. Tak wajarlah kepakaran mereka dipersoalkan.

Khalid ada “pakar” mana? Takkan nak tonjolkan doktor gigi dan bekas peguam untuk jadi “pakar air Pakatan Haram”? Atau Khalid nak tonjolkan diri sendiri sebagai “pakar air”? Khalid jadi “pakar air liur”bolehlah, kot?
Kalau benar industri air di Selangor kucar-kacir seperti yang dilihat sekarang, mengaku sajalah. Tiada siapa yang akan ketawakan Khalid.

Paling kuat pun, Khalid akan didesak letak jawatan saja, kan? Takkan itu pun nak takut…?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment