Tuesday, March 12, 2013
Nik Aziz, Khalid Ibrahim, Azizan Razak dan Guan Eng Menteri Besar Haram - Kit Siang
Oleh Zul Rawi
Setelah puas berlagak seperti pakar strategi ketenteraan berhubung tragedi pencerobohan bersenjata di Sabah, pencacai pakatan pembangkang cuba mengalih tumpuan masyarakat dengan komen-komen yang diberikan, tidak ubah seperti pakar perlembagaan berhubung isu pilihraya umum.
Apabila diteliti, ia berpunca dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang semalam yang mendesak agar kerajaan persekutuan untuk segera mengumumkan pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 (PRU13).
Kit Siang turut mengatakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada ketika ini tidak lagi sah kerana tempoh pentadbiran kerajaan sudah genap lima tahun. Murah dan dangkal sungguh perkiraan yang dilakukan.
Sedangkan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri, menetapkan bahawa Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kecuali dibubarkan lebih awal, adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum.
Dan untuk rekod, kali terakhir pilihanraya umum diadakan ialah pada 8 Mac 2008, apabila kerajaan pemerintah membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008. Oleh yang demikian sejurus selepas parti yang mendapat kerusi majoriti membentuk kerajaan, sesuai dengan perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 28 April 2008 sebagai tarikh bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Malaysia Yang Kedua Belas.
Oleh yang demikian, isu yang dibangkitkan kononnya Perdana Menteri sedang melaksanakan tugas tanpa mandat rakyat adalah satu bentuk provokasi dan pembohongan. Ini kerana perlembangan dengan jelas menyebutkan parlimen hanya akan terbubar dengan sendirinya sejurus selepas tamat tempoh 5 tahun bermula dari tarikh persidangan pertama, Dewan Rakyat.
Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa apabila Dewan Rakyat dibubarkan, pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubarannya. Peruntukkan yang serupa terkandung juga di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.
Sekiranya Kit Siang dan pencacai pembangkang mengunapakai ‘istilah’ tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pilihanraya umum, maka analogi mudah untuk mereka, mengesa kerajaan negeri di Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang untuk segera membubarkan DUN masing.
Jika ikut ideologi Kit Siang ini maka Azizan Razak, Nik Aziz Nik Mat, Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng juga merupakan Menteri Besar dan Ketua Menteri haram.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment