Thursday, March 07, 2013

Terkini di Lahad Datu : Malaysia Tolak Gencatan Senjata Sebelah Pihak


7 Mac 2013


Kerajaan Malaysia melalui kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi telah menolak pengisytiharan gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Jamalul Kiram III.

“Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan,” demikian katanya sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Online.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang kini sedang memantau perkembangan semasa di Sabah dalam kenyataan yang baru dikeluarkan sekejap tadi juga menyeru kumpulan pengganas Sulu yang dipercayai masih bersembunyi segera meletakkan senjata seterusnya menyerah diri tanpa syarat. (Utusan Online)

PM juga mengumumkan Ops Daulat tetap diteruskan seperti biasa bagi membersihkan bumi Sabah dari saki baki kumpulan pengganas Sulu.Ketegasan ini amat dialu-alukan oleh rakyat jelata memandangkan ruang yang secukupnya untuk menyerah diri telah lama diberikan kepada kumpulan pengganas Sulu sebelum ini.Sekarang bukan lagi masa untuk berlembut, darah yang sudah membasahi bumi Sabah dan pengorbanan 8 perajurit negara yang terkorban tempohari perlu dibalas dengan darah jua.http://www.youtube.com/watch?v=Gswnyq7Wnco

Berita sebelum ini, baca di bawah…

Pengganas Sulu Umum Genjatan Senjata

Baru sebentar tadi Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu telah mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak di masa yang sama mengarahkan pengganas-pengganas Sulu yang diketua adiknya, Azzumudie Kiram yang kini sedang menggelupur ketakutan di Sabah turut meletakkan senjata.

Jamalul Kiram yang merupakan rakan akrab kepada ketua MNLF, Nur Misuari juga meminta Kerajaan Malaysia mengambil langkah yang sama bertujuan menghentikan pertempuran bagi menglakkan kehilangan lebih banyak nyawa.

Genjatan tepuk tangan sebelah tak berbunyi ini diumumkannya sendiri oleh jurucakapnya Abraham Idjirani di Manila dan berkuatkuasa pada jam 12.30 tengahari tadi namun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak tika  ini juga dilaporkan sedang berada di Sabah bagi meninjau perkembangan semasa dari dekat.

Sementara itu, sekitar jam 9.15 pagi tadi dilaporkan berlaku satu lagi pertempuran, namun belum ada pengesahan rasmi mengenai sebarang kecederaan atau kematian.

Di lihat pada senario terkini, gayanya pengganas Kiram sudah benar-benar tersepit, gembar gembur kononnya 10,000 militan Sulu termasuk dari MNLF akan mendarat di Sabah terbukti hanya propaganda kosong sahaja.

Apapun, kita harap pasukan keselamatan Malaysia akan berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran gencatan senjata, kita pernah diperangkap sehingga mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita, tak mungkin untuk kali ini kita jatuh dalam perangkap yang sama lagi.

Jamalul Kiram umum gencatan senjata sebelah pihak

MANILA 7 Mac – Ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram hari ini mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak ekoran tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut jurucakap ketua penceroboh itu, Kiram mengisytiharkan gencatan senjata tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).
Beliau turut menggesa Malaysia mengambil tindakan sama. – AFP

No comments:

Post a Comment