Monday, March 04, 2013

Tuduh Rakan Artis Tersasar Dari Islam, Abby Mahu Tarbiyah Mereka?


4 Mac 2013


abby-abadi-bertudung
Ditengah-tengah kekalutan negara menumpukan perhatian kepada insiden pencerobohan orang Sulu di Sabah, “ostazah segera” PAS, Arba’iyyah atau lebih dikenali sebagai Abby Abadi mengambil kesempatan mengeluarkan kenyataan menghina rakan-rakan artis yang beragama Islam.

Dalam kenyataannya di dalam satu ceramah di Permai Jaya baru-baru ini, Abby memperlekeh-lekehkan rakan-rakan artisnya kerana tidak mengikuti perkembangan dan tidak mempedulikan tentang hal politik negara.

Selain itu, “ostazah” itu juga menuduh rakan-rakannya sebagai “tersasar jauh dari landasan Islam” apabila menyatakan bahawa artis-artis itu percaya bahawa “rezeki yang mereka terima itu datangnya dari UMNO dan bukan dari Allah SWT”.

Paling menarik, ibu tunggal itu dengan bongkaknya berkata bahawa dia kini berada di dalam peringkat cabaran yang paling tinggi untuk mentarbiyah rakan-rakan artisnya itu, kononnya dia mahu mereka mengikut jejak langkahnya!

Sebenarnya saya tak kisah kalau Abby nak masuk PAS atau parti LIKUD sampai mati pun, asalkan dia tak kacau orang lain. Kita di negara demokrasi, lantaklah dia nak masuk parti mana, kan?

Tapi bila dia sentuh UMNO dan penyokong UMNO, itu memang tak boleh dibiarkan. Apatah lagi bila hujahnya itu sangat dangkal, jahil, tidak logik atau munasabah dek akal. Dia wajar dihentam atas kenyataan bodohnya itu…

Mana Abby tahu rakan-rakan artisnya tidak mengikuti perkembangan politik? Dia tak tahukah bahawa sebelum dia masuk PAS lagi sudah ramai golongan selebriti yang mendokong perjuangan UMNO di negara ini?

Cuma, mereka enggan hebohkan sokongan mereka memandangkan industri seni itu bersifat universal tanpa sempadan dan menjangkaui dunia politik. Golongan artis ada yang sokong UMNO, DAP, PAS, PKR dan sebagainya. Abby tak tahu, kah?

Pada saya, dalam ramai-ramai artis, cuma Abby saja yang “poyo”! “Poyo” kerana bila dia masuk PAS, maka dia merasakan bahawa dia lebih Islamik dari umat Islam yang lain, khususnya golongan artis. Dia tak tahukah bahawa Rabbani, Raihan dan banyak lagi golongan artis itu lebih Islamik darinya?

Tidak semestinya Abby sudah bertudung sambil bercukur kening maka dia boleh dianggap sebagai artis paling Islam di Malaysia? Ustaz PAS tak pernah ajarkah “ostazah” Abby bahawa Allah mengukur kemuliaan hambaNya berdasarkan tahap ketaqwaan dan bukan dari sudut sokongan politik?

Siapa Abby untuk mempertikaikan atau menilai sama ada artis-artis di Malaysia ini “tersasar dari landasan Islam”? Cukupkah solat dan puasa Abby selama ini?

Mungkin benar ada sebahagian artis yang agak tersasar dari pergaulan hidup dari jalan yang digariskan Islam. Tapi apakah ini cara Abby berdakwah dan pujukan untuk menarik mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT?

Kalaulah saya ini seorang artis, memang sudah lama Abby saya “lazer”kan! Kurang ajar dan celupar sangat mulutnya. Saya tahu niat Abby baik, tapi matlamat tidak menghalalkan cara. Bukankah Islam menyuruh kita berdakwah dengan menggunakan kebijaksanaan dan cara paling berhikmah?

Rasanya dengan cara Abby ini, silap-silap lagi jauh golongan artis itu dari Islam. Malah mungkin ia akan menimbulkan “perang” di antara Abby dan golongan artis serta selebriti di negara ini, bukan?

Abby nak tarbiyah artis dengan cara ini? Rasanya sampai kiamat pun golongan artis itu takkan ikut “tarbiyah”nya. Lagipun, cukupkah ilmu di dada Abby untuk mentarbiyah rakan-rakan artisnya itu? Dari mana ilmu yang Abby dapat? Dari Mat Sabu atau Mahfuz?

Saya menyarankan agar Abby terus diberikan ruang untuk berceramah oleh PAS di pentas-pentas parti itu. Lagi banyak dia berceramah, lagi bagus! Lagi banyak dia bercakap, lagi banyak dapat dihidu bau longkang dari mulutnya itu.

Bukan apa, sekurang-kurangnya Abby memberikan “bola tanggung” pada kita untuk membelasah PAS secukup-cukupnya. Lagipun, Abby boleh menterjemahkan pada rakyat tentang siapakah PAS sebenarnya, bukan? “Hebat” betul PAS dengan penampilan “Abby Abadi” pada PRU ke-13 nanti!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment