Monday, March 25, 2013

Jamalul Kiram "Diburu": Pembunuh Pun Takut Mati?


23 Mac 2013


kiram2
PENULIS tak sangka, pembunuh seperti Jamalul Kiram III ini yang bertangungjawab terhadap kematian 10 anggota pasukan keselamatan negara juga takut mati.

Ini setelah Setiausaha kepada lanun Sulu ini, Abraham Iridjani mengadu mengenai kehadiran 4 anggota komando Malaysia di negara itu bersedia untuk membunuh ketuanya.  Lebih menarik, boleh pulak si Iridjani ini tahu pulak pangkat ketua pasukan komando tersebut dan kekuatan mereka!!

Begitu seriusnya perkara tersebut sehingga Menteri Pertahanan Malaysia pun terpaksa keluar kenyataan menafikannya.

Agaknya bodoh juga komando Malaysia ni yang datang dalam misi membunuh di negara asing, mewar-warkan kehadiran mereka kepada sasaran yang nak dibunuh,  apa tak bagi bunga dan kad nama sekali?

Bagaimanapun, penulis perlu akui, misi seumpama ini memang berlaku di mana-mana hampir setiap masa.
CIA, NSA, Mossad, FSB dan kebanyakkan agensi perisikan dunia yang lain sering kali melakukannya untuk menghapuskan musuh negara masing-masing, tapi bukanlah begitu bodoh nak maklumkan kepada dunia kehadiran mereka.

Operasi seumpama itu biasanya dilakukan dengan penuh kerahsiaan dan dilakukan oleh agen yang terlatih dengan teknik ‘stealth killing’, seperti penggunaan racun dan lain-lain.

Hantar komando ini untuk operasi serangan terbuka melibatkan kuasa tembak yang agak banyak.  Jelasnya disitu, tidak logik langsung negara ini nak hantar komando untuk membunuh Kiram kerana ia akan memburukkan hubungan baik dengan Filipina selain melibatkan risiko yang tinggi.

Walaupun kita tahu elemen Group Gerak Khas (GGK) ATM ada unit yang boleh jalankan tugas seumpama itu.
Maklum sajalah, tidak ada kerajaan dalam dunia yang menyokong pembunuhan rakyatnya oleh pihak asing dalam negara sendiri!!

Dalam masa yang sama, tertanya juga, apa Kiram nak takut sangat?  Kalau kau boleh hantar lanun kau untuk ceroboh negara orang dan bunuh pasukan keselamatan kita, takkan kita tak boleh nak masuk negara kau dan bunuh kau seorang?

Nyawa balas dengan nyawalah dan dalam mood rakyat Malaysia hari ini, tak seorang pun akan mempertikaikan tindakan kerajaan kalau menghantar pasukan pembunuh ke Filipina untuk menamatkan riwayat Kiram.  Walaupun begitu, penulis tidak rasa itu pendekatannya kerajaan sekarang.

Kiram pun dah tak sihat sangat dah tu, mata buta sebelah, buah pinggang masalah, membunuh si tua zalim ini hanya membazirkan peluru dan membuang masa kerajaan untuk melayan kecaman antarabangsa kerana tindakan seumpama itu.

Lagipun kerajaan Filipinan sangat bekerjasama dengan kerajaan Malaysia semenjak insiden pencerobohan ini berlaku sehingga tidak disenangi keluarga lanun ini sendiri.  Kononnya Presiden Filipina, P’noy menyebelahi kerajaan Malaysia, eh dah tentulah, takkan dia nak sokong rakyat dia ceroboh negara lain.

Kang kita pulak ceroboh Filipina, apa P’noy  nak kata?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment