Monday, March 04, 2013

Lahad Datu : Pakatan (DAP) Pernah Suruh Polis Pakai Baton (Cota) Sahaja!!


3 Mac 2013


manoharan_polis_baton
HARI ini kita lihat pemimpin-pemimpin Pakatan berlumba-lumba tunjuk simpati kepada anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu dan Semporna sekarang.  Anwar Ibrahim dalam kenyataan mengutuk kerajaan kerana konon gagal mengawal situasi di Sabah, memulakan kenyataan itu dengan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis yang terlibat.

Nampak macam prihatinlah sangat.

Walhal imej Anwar sebagai individu anti polis bukan baru di mata rakyat Malaysia.  Sehinggakan DAP, parti komponen Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar pernah arahkan ahli-ahlinya supaya cari pasal dengan polis, kurang-kurang 1 bulan 1 kes.

Dalam beberapa himpunan anti kerajaan seperti Bersih dan sebagainya, Anwar mengarahkan penyokongnya menyerang kereta polis dan anggota polis yang berkhidmat mengawal rusuhan tersebut.

Semua ini ada gambarnya, ada buktinya dan bukan rahsia lagi, macai pembangkang nak cerita banyak pun tak guna.

Anwar sendiri mengarahkan peguam dalam partinya seperti Latheefa Koya dan N Surendren mencari kes-kes yang boleh menjatuhkan moral polis seperti kes remaja ditembak kerana membawa kereta secara melulu Aminul Rasyid, Norizan Salleh dan sebagainya.

Pendek kata, jangan ada kes melibatkan polis menembak orang yang disyaki, peguam Anwar akan ada disitu untuk membela individu tersebut.  Dan sekarang Anwar nak tunjuk baik dengan polis pulak?

Tidak cukup dengan itu, ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan dari DAP dalam satu afidavit membabitkan seorang wanita dan suaminya yang mendakwa ditembak pihak polis, menuntut supaya semua anggota polis dilucutkan senjata api masing-masing dan menggunakan baton sahaja!!!

Hari ini kita lihat sudah terbalik.

Pakatan sama yang suruh polis lucut senjata api dan guna cota, sekarang minta polis dan angkatan tentera guna segala peralatan yang ada untuk menamatkan pencerobohan ini.  Termasuk ada yang mereng tu minta tentera guna kapal selam untuk patahkan pencerobohan tersebut!!  Ini yang lawak, kapal selam nak lawan dengan bot enjin sangkut?

Itu kebodohan yang tak perlu dilayanlah, sekarang ni isunya dulu dia suruh polis lucut senjata api sekarang nak guna seluruh kekuatan pulak?

Betul-betul hipkorit.

Jadi nasihat penulis, tak usahlah pembangkang nak masuk campur dalam hal ini.  Pembangkang yang sering menganjurkan rakyat supaya langgar undang-undang (AES, Akta Perhimpunan Aman dan lain-lain), dan serang anggota polis, tiba-tiba nak jadi macam hero penyelamat polis pulak ke?

Tambahan pulak sekarang, pencerobohan ini sendiri berkait dengan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti yang dilaporkan Reuters dan akhbar Filipina, Manila Times.

Itu kalau sahih bukti tu nanti, penulis ingat mampus pembangkang dan macainya selepas ini. Persepsinya nanti, (jika berjaya dibuktikan penglibatan Anwar), walaupun lanun Sulu yang bunuh 7 anggota polis negara setakat ini, tapi tangan Anwarlah yang bergelumang dengan darahnya!!

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment