Sunday, March 10, 2013
Bila Agaknya Selera Anwar Pada Budak Muda Nak Berubah?
ORANG tanya penulis, orang tanya tau, bukan penulis suka-suka nak menyibuk – kenapa asal Anwar ada skandal mesti dengan jantan satu, lepas tu mesti budak muda?
Dalam hati penulis tak berapa nak setuju dengan soalan tersebut, sebab sepanjang pengetahuan penulis, skandal Anwar ni macam-macam, dengan jantan, dengan perempuan, bini orang, pelacur dan bagai-bagai lagi. Biseksualah katakan.
Rasanya, dia rujuk kepada isu yang hangat diperkatakan orang, tentang surat Pegawai Diplomatik SulitAntarabangsa atau dalam bahasa Inggerisnya, Private Diplomatic & International Officer Anwar bernama Mohamed Fareez Kamal Intidzam kepada Hadi Awang meminta campur tangan berhubung isu peribadinya dengan Wan Azizah dan Nurul Izzah.
Budak itu – yang dilantik ke jawatan itu oleh Anwar pada usia 19 tahun, baru-baru ini buat laporan polis setelah buah butir suratnya itu tersebar pada pengetahuan umum. Bagaimana ia tersebar, masih lagi jadi tanda tanya. Tapi memandangkan ia dialamatkan kepada Hadi Awang, maka penulis yakin ini kerja orang-orang Hadi juga, atau paling tidak Hadi sendiri.
Kebetulan, hubungan PAS dengan PKR masih lagi di tahap masam-masam pahit, lanjutan dari isu kalimah Allah yang dilihat penyokong PAS cubaan Anwar menabur pasir dalam peti undi mereka, jadi kebarangkalian itu (Hadi dedah surat) tidak boleh ditolak sama sekali.
Lagipun, sejak surat itu disiarkan di Malaysia-Today, masih belum ada pihak dapat merungkai apa yang dimaksudkan Fareez Kamal dengan ‘hubungan rapat dengan Anwar‘ dalam suratnya itu. Begitu juga susah payah dia menulis dengan tangan, sedangkan zaman hari ini semuanya sekadar dihujung jari.
Macam biasa, bila membabitkan Anwar dan bau-bau homoseksual, cepat ajelah puak disebelah sana menuduh UMNO ada penglibatan. Masa kes Saiful Bukhari mula meletup dulu macam itu juga, UMNO juga yang dituduh. Sejak bila UMNO ambil kontrak bekal jantan-jantan muda untuk Anwar lahap pun tak tahulah.
Sebuah portal pembangkang siap tunjuk gambar jambu baru Anwar tu dalam keadaan kusut masai, sekadar bagi gambaran tidak ada siapa pun yang selera dengan budak rupa macam itu, walau untuk gay tua macam Anwar.
Penulis tak pastilah sama ada itu budak yang sama atau gambar budak lain yang diletakkan disitu bagi meyakinkan orang ramai bahawa ada yang tak kena dengan cerita ini.
Tapi untuk berlaku adil, mana-mana satu pun penulis rasa biarlah Anwar, keluarganya dan jambu barunya itu bergaduh, kita jangan ambil peduli. Di tangan kita sudah ada banyak bukti kukuh untuk mengaitkan Anwar dengan homoseksual, tak payah cerita baru pun sudah ok. Takut saja ini perangkap Anwar untuk kenakan UMNO.
Lebih baik dari itu, pembabitan Anwar dengan pencerobohan di Lahad Datu sekarang bakal menjadi rasmi tidak lama lagi. Anwar rasanya lebih suka dikaitkan dengan homoseksual dari dipertanggungjawabkan atas kematian anggota polis oleh tentera Sulu upahannya di Sabah.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment