Tuesday, March 12, 2013

Sandiwara : Dulu Sauk, Kini Lahad Datu


12 Mac 2013


sauk2
Oleh Nor Azlina Shaari

Parti pembangkang tetap mempotretkan insiden pencerobohan dan kejadian tembak-menembak di Lahad Datu hingga mengorbankan 8 orang anggota keselamatan negara sebagai satu sandiwara kerajaan sahaja.

Penzahiran fikiran pembangkang mengenai kejadian ini sama dengan kejadian yang pernah berlaku suatu ketika dahulu iaitu pemberontakan kumpulan Al-Maunah pada 2 Julai 2000 Bukit Jenalek, Perak.

Ketika itu, sekumpulan anggota Al-Maunah yang berpakaian tentera melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan Bukit Jenalik di Sauk, Perak.

tian chua
Menurut laman web mereka ketika itu, al Maunah merupakan singkatan kepada Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah. Laman web organisasi tersebut dikenali sebagai Al-Ma’unah dalam singkatan, sebuah pertubuhan yang terlibat dalam ilmu persilatan yang turut menggunakan tenaga dalaman dan mempelajari ilmu perubatan tradisional Islam”.

Pada subuh 2 Julai itu, Mohamed Amin bin Mohamed Razali telah mengetua 29 orang ahli kumpulan Al-Ma’unah termasuk seorang Mejar daripada Tentera Darat Malaysia telah melancar operasi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Mereka berpakaian pegawai kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak.

Mereka berkata kepada pegawai kem tersebut dengan alasan ingin mengadakan pemeriksaan mengejut, dengan memberitahu ingin membuat pemeriksaan kecemasan ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Atas pelbagai tekanan yang diberi oleh Amin dan orang-orangnya dan diyakinkan oleh kehadiran tiga kenderaan Pajero yang menggunakan nombor pendaftaran tentera yang bermula dengan huruf ‘Z’, anggota tentera di dua kem tersebut berjaya diperdyakan dengan membawa mereka masuk ke dalam kem tetapi salah satu daripada pelbagai jenis senjata, amunisi dan kelengkapan ketenteraan termasuk peralatan komunikasi dan lain-lain telah membantu kumpulan itu membawa senjata-senjata itu ke dalam tiga Pajero.

Mereka berjaya melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.

Kumpulan ini kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, negeri Perak. Amin mengagih-agihkan semua senjata-senjata yang dilarikan tersebut kepada orang-orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan yang jarang di dengar oleh penduduk kampong hasil daripada tembakan senjata api tersebut telah menarik perhatian polis.

Kumpulan tersebut membuat persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Bekalan makanan yang diperolehi itu hanya cukup untuk tiga bulan sahaja. Mereka juga turut memperolehi senjata lain seperti parang dan senjata senapang panah untuk menjayakan misi mereka.

Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk menyekat pergerakan mereka. Sejumlah anggota pasukan keselamatan dihantar untuk menyusup masuk ke dalam perkhemahan Al-Ma’unah.

Walau bagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar bin Puteh dan seorang anggota komando ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma’unah. Dalam radio komunikasi yang digunakan oleh kumpulan itu, mereka memaklumkan bahawa mereka akan menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Jaafar ditangkap ketika beliau sedang meneliti dusun duriannya.

Pagi itu mereka berjaya memperdayakan anggota tentera yang berkawal di situ dan melarikan 148 senjata menggunakan tiga unit kenderaan pacuan empat roda jenama Pajero.


Malangnya dalam keadaan negara terkejut dengan insiden ini, Pas dengan selamba dan tanpa perasaan mendakwa ini merupakan sandiwara kerajaan Barisan Nasional untuk memburukkan gerakan Islam dan meraih sokongan politik. Mereka mendakwa adalah mustahil untuk sebuah kem dirompak. Mereka juga mempertikaikan bahawa jumlah senjata yang diumumkan dirompak tidak mungkin dapat dimuatkan dalam tiga buah pajero seperti yang didakwa.

Kes ini mengakibatkan anggota Komando Truper Matthews anak Medandua dan Detektif Shangavedan terbunuh. Namun biar pun dua orang anggota keselamatan terkorban, Pas masih mendakwa insiden Sauk merupakan sandiwara. Mereka mencabar kerajaan membuktikan tiga buah pajero tersebut boleh memuatkan semua senjata yang didakwa dirompak.
sauk3

Kerajaan akhirnya mengadakan lakonan semula bagi memaparkan kejadian sebenar sewaktu perundingan dilakukan antara pihak tentera dengan kumpulan Al-Maunah dan juga demonstrasi bagi membuktikan senjata-senjata tersebut boleh dimuatkan ke dalam pajero terbabit. Demontrasi yang diadakan di Kementerian Pertahanan selepas kejadian di Sauk menunjukkan beratus-ratus senjata berkenaan boleh diangkut ke dalam kenderaan Pajero dalam masa empat minit sahaja.


Namun, Nasharuddin berkata, tindakan kerajaan melakonkan semula kejadian itu bagi membuktikan sejumlah senjata itu boleh diangkut menggunakan empat kenderaan Pajero juga membuktikan kejadian di Sauk itu sememangnya sandiwara.

Di sini sudah jelas, pembangkang tetap sama memainkan rencah mereka apabila timbulnya isu yang mampu menggugatkan keharmonian negara.

Mereka mudah menuduh kerajaan sengaja menimbulkan sandiwara walaupun kejadian tersebut mengorbankan nyawa rakyat sendiri tanpa melakukan sebarang kajian dan penyelidikan menyeluruh tentang isu-isu yang berlaku.

Sudah hampir 13 tahun peristiwa Al-Maunah berlalu, sekali lagi pembangkang membangkitkan isu ‘sandiwara’ selepas insiden tembak-menembak terjadi di Lahad Datu.

Namun kali ini, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pula menuduh insiden Lahad Datu adalah konspirasi UMNO dan sandiwara kerajaan sahaja.

Nampaknya, mereka tetap dengan ideologi mereka sahaja yang mudah menggunakan perkataan sandiwara sedangkan tiada usaha dilakukan oleh pihak mereka yang mencuba menyelesaikan isu-isu keselamatan yang timbul.

Mereka tidak peduli anak siapa, bapa siapa atau suami siapa yang terkorban. Ini semua tidak penting kepada mereka. Yang penting ialah menghasut rakyat membenci Kerajaan dan memilih mereka dalam pilihan raya akan datang. Inikah parti yang akan diundi oleh anggota keselamatan dan rakyat biasa?

Dipetik daripada : www. mykmu. net

No comments:

Post a Comment