Monday, March 04, 2013

Lahad Datu : Semboyan Telah Berbunyi Menuju Medan Bakti


5 Mac 2013


Serangan Bermula Di Lahad Datu
Sekitar jam 7 pagi tadi pasukan keselamatan kita telah pun melancarkan serangan besar-besaran ke atas kedudukan kumpulan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Diikuti dengan serangan kedua pada jam 10 pagi tadi.

Sejumlah 7 batallion pasukan ATM dengan bantuan dan kerjasama PDRM yang terdiri daripada VAT69, PARA dan GGK kini sedang menuju medan bakti telah menyerang secara besar-besaran dari pelbagai sudut untuk menggempur dan menumpaskan kumpulan pengganas Sulu itu.

Serangan udara dan letupan bom boleh di dengar sejauh lingkungan 4 kilometer. Tembakan bertali arus dari pasukan keselamatan kita juga bersahutan.

Setakat ini belum diketahui jumlah kecederaan atau kematian di kedua-dua pihak, namun kita harapkan segalanya berjalan dengan baik dan selamat di pihak kita, InsyaAllah. Mudah-mudahan semua musuh dapat ditewaskan.

Sama-sama kita semua rakyat Malaysia yang mendoakan yang terbaik untuk keselamatan perajurit-perajurit negara yang sedang menyabung nyawa demi keamanan tanahair ini. Inilah masanya kita buktikan semangat patriotik dan kecintaan pada negara sentiasa mekar di hati sanubari rakyat Malaysia.

Jika masih ada suara sumbang mempertikaikan pengorbanan perajurit negara atau cuba memperlekehkannya, jalankan tanggungjawab anda sekalian untuk memastikan kebenaran mengatasi kebatilan.

Musuh-musuh dari dalam dan luar, bila-bila masa sahaja akan mengambil peluang untuk meremehkan apa yang sedang berlaku bertujuan untuk mematahkan semangat perjuangan para perajurit kita, jika tidak kita yang membantu menyokong anggota keselamatan negara, siapa lagi?

Berikut ialah kenyataan rasmi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung serangan tersebut.

SEJAK pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Februari 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan  mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan  telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
- Datuk Seri Najib Tun Razak

Dipetik daripada : www. mykmu. net 

No comments:

Post a Comment