Sunday, March 17, 2013
"Manila Standard" Bodoh : Rakyat Dia Yang Zalim, PM Pulak Dituduh
DARI 8 anggota polis yang terbunuh dalam krisis pencerobohan lanun Sulu di Lahad Datu sekarang ini, sekurang-kurangnya 2 mayat dipenggal kepala dan diseksa termasuk dibelah perut. dicungkil mata dan sebagainya. Itu sekadar nak menyatakan kezaliman puak lanun Filipina ini.
Maka itu kita hairan kenapa media Filipina seperti Manila Standard Today cuba menggambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan jenayah kemanusiaan (setaraf Saddam Hussein dan Slobodan Milosevic) dengan menganiayai rakyat Filipina yang berada di Sabah, tidak diberi makan dan sebagainya.
Apa dia lupa ke apa lanun dari negara dia tu dah buat pada anggota polis negara kita? Kira dakwaan tak beri makan tu, kecik sangat ‘zalimnya’, banding penggal kepala dan belah perut.
Lagipun, tak seorang wartawan Filipina berada di Sabah, dan media mereka hanya bergantung kepada cakap-cakap rakyat Filipina yang melarikan diri. Lain dari itu, tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan kerajaan Malaysia menganiaya rakyat Filipina, apatah lagi melakukan jenayah kemanusiaan.
Tak tahulah kalau yang dimaksudkan Manila Standard Today sebagai jenayah kemanusiaan, pembunuhan lebih 60 lanun Sulu oleh pasukan keselamatan. Kalau itulah, bukanlah jenayah kemanusiaan namanya, tapi memang dah patut dibunuh pun, jelas zalim dan tak berkemanusiaan.
Anehnya tu, pendekatan Manila Standard Today sama macam Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dari segi menyalahkan segala-galanya kepada kerajaan Malaysia. Orang dia buat salah (kejam pulak tu), langsung tak dipedulikan, kita yang mempertahankan diri pulak yang dituduh melakukan jenayah kemanusiaan.
Anwar macam itu juga, macai dia yang hancurkan kereta polis dan buat huru hara di ibu negara semasa rusuhan Bersih, polis pulak yang dipersalahkan kerana kononnya bersikap zalim!!
Sebijik macam yang dibuat Manila Standard Today sekarang.
Semua ini menyakinkan penulis bahawa Anwar memang ada ‘saham’ dalam kejadian di Lahad Datu ini. Dari mula krisis ini bermula, memang cap jari Anwar ada dimana-mana. Hari lanun ini menceroboh masuk, hari itu jugalah Anwar dianugerahkan gelaran “Huguan Siou”.
Seolah-olahnya Anwar tahu dia akan menjadi penyelamat Sabah dengan mengupah lanun ini masuk dan kemudian mengusir mereka balik. Tapi sebab dia tidak dilibatkan dalam apa cara pun sepanjang krisis ini berlangsung, selain pembabitannya dalam insiden tersebut begitu jelas dari hari pertama, maka apa yang dirancang, tidak menjadi.
Dipetik daripada : www. mykmu. net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment