Jamalul Kiram umum gencatan senjata sebelah pihak
MANILA 7 Mac – Ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram hari ini mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak ekoran tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Malaysia.Menurut jurucakap ketua penceroboh itu, Kiram mengisytiharkan gencatan senjata tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).Beliau turut menggesa Malaysia mengambil tindakan sama. – AFP
Thursday, March 07, 2013
Pengganas Sulu Umum Gencatan Senjata
7 Mac 2013
Baru sebentar tadi Jamalul Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu telah mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak di masa yang sama mengarahkan pengganas-pengganas Sulu yang diketua adiknya, Azzumudie Kiram yang kini sedang menggelupur ketakutan di Sabah turut meletakkan senjata.
Jamalul Kiram yang merupakan rakan akrab kepada ketua MNLF, Nur Misuari juga meminta Kerajaan Malaysia mengambil langkah yang sama bertujuan menghentikan pertempuran bagi menglakkan kehilangan lebih banyak nyawa.
Genjatan tepuk tangan sebelah tak berbunyi ini diumumkannya sendiri oleh jurucakapnya Abraham Idjirani di Manila dan berkuatkuasa pada jam 12.30 tengahari tadi namun sehingga kini belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia.
Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak tika ini juga dilaporkan sedang berada di Sabah bagi meninjau perkembangan semasa dari dekat.
Sementara itu, sekitar jam 9.15 pagi tadi dilaporkan berlaku satu lagi pertempuran, namun belum ada pengesahan rasmi mengenai sebarang kecederaan atau kematian.
Di lihat pada senario terkini, gayanya pengganas Kiram sudah benar-benar tersepit, gembar gembur kononnya 10,000 militan Sulu termasuk dari MNLF akan mendarat di Sabah terbukti hanya propaganda kosong sahaja.
Apapun, kita harap pasukan keselamatan Malaysia akan berhati-hati dalam menerima sebarang tawaran gencatan senjata, kita pernah diperangkap sehingga mengorbankan nyawa anggota keselamatan kita, tak mungkin untuk kali ini kita jatuh dalam perangkap yang sama lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment