Wednesday, October 28, 2015

182 Majikan Gagal Bayar Gaji Minimum Dihadap Ke Mahkamah

Kes Mahkamah
KUALA LUMPUR : Sebanyak 182 majikan telah dihadapkan ke mahkamah manakala 122 majikan telah disabitkan atas kesalahan gagal membayar gaji minimum, sehingga 31 Ogos lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, kesemua majikan berkenaan berjaya dikenal pasti oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam menguatkuasakan Perintah Gaji Minimum 2012.

“Penahanan kesemua majikan itu adalah pencapaian yang baik dan usaha tersebut harus diteruskan dengan lebih aktif pada masa akan datang kerana saya percaya tugas akan lebih mencabar pada 1 Julai tahun depan,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment