Thursday, October 29, 2015

PERKASA Perlukan Mahathir Untuk Cari Sokongan Melayu?

Hairan apabila Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cuba mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad dari disingkirkan dari Umno selepas sering mengkritik Presiden parti dan cuba memecah-belahkan parti.

Menurut Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya, jika Mahathir disingkir sebagai ahli Umno, ia akan mengurangkan lagi sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

Katanya, sepatutnya pemimpin Umno yang mahu menggugurkan Mahathir sebagai ahli parti, sepatutnya mengambil langkah bijak dengan membuat penyelesaian baik, bukannya dengan cara menyingkirkan bekas perdana menteri itu.

"Pemimpin parti seharusnya membuat pendekatan yang lebih bijak untuk menambahkan sokongan dan memperbanyakkan lagi ahli. Ia supaya parti tersebut lebih kuat, bukannyamembuat penyelesaian dengan menyingkirkan ahli yang ada," kata Abu Bakar.

Amboi... pandai mengajar orang pula Perkasa ni. Takkan nak simpan lagi kalau kita dah tahu orang tu menjadi duri dalam daging yang bakal menghancurkan organisasi yang telah dibina lamanya.

Dari Perkasa sibuk mempertahankan Mahathir untuk digugurkan dari Umno, apa kata Perkasa yang merupakan penubuhan memperjuangkan hak orang Melayu meramaikan lagi ahli terhadap penubuhan itu.

Ataupun, Perkasa boleh menarik Mahathir untuk menjadi ahli Perkasa agar penubuhan itu mendapat ahli Melayu yang ramai.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment