Thursday, October 29, 2015

Tony Pua Terbukti Cakap Sahaja Pandai, Tapi Sebenarnya Sangat Penakut!!

Senario cabar mencabar menjadi semakin hebat diantara Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

Jika sebelum ini Tony Pua mencabar Arul untuk untuk berdialog menerusi program bual bicara yang disiarkan secara langsung, Arul dengan beraninya menyahut cabaran Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara! Akan tetapi Tony Pua haruslah menepati syarat yang ditetapkan olehnya.

Iaitu dia perlu meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana bagi mengelakkan pertembungan diantara tujuan asal dan kepentingan diri sendiri. Tony Pua juga tidak boleh menjadi hakim, juri atau yang menentukan hukuman.

Mungkin tidak berani untuk melepaskan jawatan PAC seperti yang dituntut oleh Arul, Tony Pua terus menggelarkan permintaan yang dibuat tersebut sebagai sesuatu yang “Bodoh” dan mendesak supaya tidak memberi alasan yang bodoh dan sahut cabaran berdebat secara langsung.

"Berhenti beri alasan bodoh dan terima cabaran saya, saya tidak terkejut langsung dengan kenyataan Arul yang terima cabaran dan buat syarat tidak masuk akal langsung.

"Mengapa sangat bimbang jawatan saya dalam PAC? Ada 13 ahli PAC BN, malah pengerusi sudah kata mereka tidak akan ambil tindakan untuk singkir saya daripada PAC. Sebagai penjawat awam, Arul tidak boleh membuat kenyataan menghina PAC dan Parlimen," katanya.

Kalau Arul berani sahut cabaran untuk berdebat mengenai isu 1MDB yang masih belum diperjelaskan dan wawancara secara terbuka akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen… Jadi mengapa Tony Pua pula yang tidak berani untuk menyahut cabaran. Takut mungkin, atau dia hanya berani bercakap tidak berani untuk melakukannya.

Apa yang hendak dihiraukan, kalau Tony Pua tidak berani meletak jawatan dan menganggap itu sebagai satu alasan dan syarat yang bodoh… So dia tak payah la nak berdebat soal isu 1MDB tu haha, batalkan aje...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment