Thursday, October 29, 2015

Vape Bakal Diharamkan Oleh Kementerian Kesihatan

Bagi memastikan rakyat Malaysia terhindar dari sebarang penyakit dan mengelakkan dari risiko ganguan kesihatan yang lebih terok. Kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vapor yang sekarang ini menjadi trend di kalangan anak muda.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian kini sedang meneliti dan menyemak semula akta-akta yang boleh diguna pakai dibawah kementerian tertentu bagi mengharamkan penggunaan vapor.

Aspek undang-undang penguatkuasa juga akan diperincikan semula bagi membolehkan mereka mengharamkan penggunaan rokok elektronik tersebut.

“Kita (kementerian) jangkakan pelbagai akta boleh diguna pakai di bawah kementerian tertentu dan kita akan pilih akta yang bersesuaian.

“Penggunaan vapor ini perlu dihentikan penggunaannya sebelum ia menjadi suatu masalah yang lebih besar,” katanya.

Penggunaan vapor sebenarnya adalah sama risiko bahaya dengan rokok. Kedua-duanya boleh menyumbang kepada kanser kerana wap nikotin yang terhasil sebenarnya terkandung asid nitric.

Bukan itu sahaja sekarang ini banyak kes yang melibatkan rokok elektronik atau vapor itu. Meletup dalam kapal terbang lah, dalam poket laaa…dan yang paling teruk, ia juga mempengaruhi sikap pengguna tersebut.

Sebagai contoh, remaja sudah tidak tahu patuh kepada larangan, dalam Mall pun dok bervape on, tempat yang dilarang merokok tapi mereka slumber je menge"vape".

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment