Thursday, October 29, 2015

Puteri Bakal Anjur Asean Young Women Leadership Conference 2015 Pada 8-10 Nov ini

KUALA LUMPUR : Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata, bagi menggalakkan perpaduan dan kerjasama antara pemimpin-pemimpin wanita muda di  semua Negara Asean, maka buat julung kalinya, pergerakan tersebut melalui Biro Antarabangsa & IPT, akan menganjurkan program Asean Young Women Leadership Conference 2015 (AYWLC2015) pada 8-10 November ini.
Kuala Lumpur, 29 Oktober--Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menandatangani plak simbolik pra pelancaran 'ASEAN Young Women Leadership Conference (AYWLC) 2015' di Hotel Seri Pasific di sini tengahari ini. Turut bersama Pengarah program AYWLC 2015 merangkap Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pengajian Tinggi Puteri UMNO, Nor Hazreena Mohammad Hashim. - Foto : MediaUMNO
Program yang diadakan dengan kerjasama Malaysia Young Future Aspirations (MYFaR) ini dirangka untuk menggalakkan perpaduan dan kerjasama di antara pemimpin wanita muda di kesemua 10 negara Asean.

Ujar Mas Ermieyati, program ini bakal dihadiri oleh 500 orang peserta yang terdiri daripada mereka yang berusia antara 18 ke 35 tahun berlatarbelakangkan pemimpin pelajar, ahli politik, usahawan muda, aktivis sosial dan juga yang mengetuai agensi-agensi kerajaan dan korporat.

“Program ini akan menjadi satu platform untuk wanita muda bertukar-tukar fikiran merentasi sempadan.

“Ia juga bakal merangsang membuka minda golongan wanita muda ini untuk melihat tadbir urus kerajaan yang lebih efektif dan responsif, standard kehidupan yang lebih baik, pengupayaan golongan wanita muda meningkat dan seterusnya menawarkan peluang kehidupan lebih baik.

“Program ini juga bakal mengetengahkan tiga topik menarik iaitu politik, ekonomi dan sosio-budaya dengan manampilkan ikon-ikon serantau yang telah berjaya dalam bidang masing-masing,” ujarnya dalam sidang media pra pelancaran conference ini sebentar tadi.

Tambah beliau, program ini juga dirancang sempena dengan kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi Asean 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka bakal merasmikan majlis penutup program ini pada 10 November nanti.

Antara ikon-ikon yang bakal menyertai program ini adalah Sociologist Universiti Malaysia, Dr. Noor Sulastry Yurni dan Ahli Politik dan personaliti televisyen Venezuela, Shalani Soledad.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment