Thursday, October 29, 2015

Shahidan Kassim Pertahankan Muhyiddin?

Heboh diperkatakan mengenai satu kenyataan dari Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos, yang mendakwa bahawa wujudnya satu komplot atau gerakan untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno.

Menjawab pertuduhan tidak masuk akal tersebut, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim menyelar dakwaan wujudnya komplot menggulingkan timbalan presiden sebagai satu berita palsu.

"Sebagai ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Umno Perlis, saya tidak pernah dengar ada komplot atau gerakan untuk menjatuhkan timbalan presiden," katanya.

Dakwaan yang dilemparkan oleh Jamal tersebut boleh dikatakan sebagai satu khabar angin yang hanya mahu memburukkan akar umbi parti Umno. Shahidan turut menegaskan bahawa jika Jamal mempunyai bukti yang kukuh, sila kemukakan bukti tersebut  kepada Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dan jika Jamal tidak mempunyai bukti yang boleh diguna pakai, jadi seeloknya wajar bagi Jamal untuk menutup mulut daripada terus menerus mengeluarkan kenyataan yang hanya boleh melaga-lagakan ahli parti.

"Umno bukan parti samseng, tetapi parti yang sentiasa mengamalkan cara Islam," katanya lagi.

Jika benar wujudnya satu konspirasi untuk menggulingkan timbalan presiden itu, pastinya mereka akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas oleh presiden parti. Desas desus mengenai komplot menggulingkan Muhyiddin dari parti Umno tersebar semenjak dia dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment