Thursday, October 29, 2015

Lulus Tiga Lebuhraya Tol : Satu Lagi Projek Putar Belit Kerajaan PKR Selangor

KLANG : Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Datuk Zakaria berkata tindakan kerajaan Selangor yang meluluskan tiga tol untuk tiga lebuhraya baru membuktikan segala janji dan kata-kata pemimpin pembangkang untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada rakyat termasuk menghapuskan tol hanyalah satu pembohongan untuk memancing undi rakyat di negeri ini.
http://archives.thestar.com.my/archives/2008/11/18/nation/n_27zainuri.jpg
Tegasnya, jika kerajaan Selangor benar-benar mahu membela nasib rakyat dan mengurangkan kos perbelanjaan seharian yang ditanggung oleh rakyat, maka sudah pastinya kerajaan negeri Selangor tidak membina lebuhraya bertol tersebut.

“Bagi saya ini bukti bahawa selama ini pemimpin-pemimpin pembangkang Selangor yang diterajui oleh PKR berbohong kepada rakyat. Jelas selama ini, mereka menguar-uarkan kononnya akan memberikan pelbagai perkhidmatan percuma kepada rakyat hanyalah satu omong kosong dan retorik politik murahan mereka demi untuk memancing undi rakyat.

“Sebelum ini, bukan main lagi mereka berkata, jika pembangkang memerintah mereka akan berikan perkhidmatan percuma kepada rakyat. Mereka janji pendidikan percuma, perubatan percuma dan sebagainya. Tetapi hari ini, jelaslah bahawa apa yang dikatakan mereka itu semuanya pembohongan semata-mata.

“Kalau betul kerajaan PKR Selangor mengutamakan rakyat, mereka sepatutnya membina lebuh raya itu tanpa tol. Mereka patut mengotakan janji-janji mereka ketika berkempen untuk menjadi Selangor sebagai sebuah negeri bebas cukai sepertimana yang mereka janjikan. Tapi hari ini terbukti, segala kata-kata mereka itu hanyalah retorik politik semata-mata untuk mempengaruhi rakyat menyokong mereka,” tegas beliau kepada pihak media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan kerajaan negeri meluluskan tanahnya untuk pembinaan tiga lebuh raya bertol di negeri itu.
lebuhraya bertol di selangor
Tiga tol dirujuk itu adalah Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE) dan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang masih dalam pembinaan.

Zainuri seterusnya  turut mempersoalkan, sepanjang pemerintahan pembangkang di Selangor, apa cukai yang telah diturunkan oleh kerajaan negeri untuk meringankan beban rakyat.

“Apa jenis cukai yang diturunkan oleh kerajaan Selangor sepanjang di bawah pemerintahan PKR? 

Kata nak turunkan bayaran premium tanah, tapi semakin naik nampaknya. Kata nak turunkan cukai pintu, tapi cukai pintu makin naik. Apa yang turun selama Selangor diperintah oleh pembangkang?

“Malah masalah-masalah asas seperti air dan sampah juga masih tidak selesai. Isu-isu tumbuhnya kedai-kedai urut, pusat-pusat judi haram semakin menjadi-jadi. Apa yang kerajaan Selangor lakukan untuk membenteras perkara-perkara ini?,” soalnya tegas.

Justeru itu, beliau meminta rakyat di negeri itu agar menilai segala tindak tanduk kerajaan negeri yang diterajui oleh PKR yang jelas bercanggah dengan segala janji-janji mereka sebelum ini.

“Saya harap rakyat di negeri sudah buka mata, bahawa segala janji-janji yang mereka lontarkan kepada rakyat semata-mata hanyalah untuk menang pilihanraya sahaja. Apabila kuasa sudah ada ditangan, kita lihat sudah lain jadinya.

“Perkara ini bukan hanya berlaku di negeri Selangor sahaja, tetapi juga di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang. Apabila berkuasa, segala janji-janji itu seolah-olah sengaja dilupakan. Mereka tidak lagi peduli tentang kebajikan rakyat, tetapi lebih menumpukan kepada kepentingan politik dan kroni-kroni mereka sahaja,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment