Thursday, October 29, 2015

Banyak "Bangkai" Di Dalam PAS Yang Perlu Dibersihkan

Parti serpihan Pas, Amanah yang baru ditubuhkan mendakwa lebih ramai pemimpin termasuk ahli parti Islam itu mahu menyertai Amanah dan hanya menunggu masa sesuai untuk keluar dari parti Islam itu.

Menurut Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, masih ramai pemimpin dah ahli dalam Pas mahu menyertai Amanah dan menyifatkan perkara itu seumpama buah 'harum manis'.

Ismail yang menjelaskan mengapa beliau mengibaratkan perkara itu sebagai 'harum manis' memberitahu, walaupun dari segi luaran mereka ini merupakan ahli hijau (Pas) tetapi dalam hati ialah ahli oren (Amanah).

Ismail berkata, mereka ini telah menunjukkan minat untuk menyertai Amanah, tetapi masih menunggu masa yang sesuai kerana mereka ini ditakutkan oleh pemimpin tertinggi Pas.

"Ibarat buah mempelam yang harum manis, kulit luarnya hijau, isinya oren. Inilah istilah tepat yang ditujukan kepada kumpulan ini. Walaupun masih bergelar ahli Pas, mereka secara senyap menyokong Amanah tetapi belum bersedia meninggalkan Pas.

"Pas cuba menakutkan-nakutkan ahlinya dengan ancaman kafir jika keluar parti, selain kenyataan yang menyebabkan ahlinya keliru atau terikat untuk berhijrah. Merek yang bercadang untuk berhijrah, akhirnya terpaksa tunggu dan lihat bagi tempoh tertentu, agar suasana lebih harmoni.

"Golongan muda antara paling ramai menunjukkan minat. Kemungkinan wakil rakyat pun ada tunjuk kecenderungan.Mereka akan sertai Amanah dalam masa terdekat , tunggu masa sesuai. Malah, sudah ada yang berani sertai program secara terang-terangan," kata Ismail.

Benarkah masih terdapat 'bangkai' Amanah di dalam parti Pas?? Rasanya bangkai didalam Pas semuanya telah menonjolkan diri mereka sendiri dengan menyertai parti baharu itu.

Jika benar masih ada bangkai yang berada dalam parti Islam itu, segeralah keluar untuk bersama-sama bangkai yang telah menonjolkan diri mereka dengan menubuhkan sebuah parti atas arahan DAP itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment