Thursday, October 29, 2015

Kelakuan Pembangkang di Dewan Rakyat Adalah Paling Mulia dan Sopan.. - Khalid Samad

Pakatan Harapan mendakwa bahawa perbuatan mengangkat sepanduk atau plakad yang tertera tulisan ‘Mana 2.6 Bilion?” di dalam Dewan Rakyat adalah satu perbuatan yang paling mulia dan teramat sopan santun yang pernah dilakukan oleh mereka.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata mereka tidak merasa bahawa perbuatan mereka itu adalah salah dan tidak beradab seperti dakwaan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tambah wakil rakyat Parti Amanah Negara (Amanah) pula, syukurlah mereka tidak membaling kasut, kerusi atau apa saja seperti yang berlaku di Eropah sebagai tanda protes.

"Kita bukannya membaling kasut, kerusi, atau apa pun. Tak seperti di Eropah, mereka baling gas pemedih, sebagai tanda protes.

 "Tapi kita mengangkat plakad. Itu sudah cukup beradab. Tidak timbul huru-hara," katanya.

Walaupun mereka tidak membaling kasut tapi perbuatan mereka tetap dianggap sebagai menghina kehormatan Dewan Rakyat. Bukan itu sahaja, perbuatan mereka juga dilihat seperti tidak menghormati Datuk Seri Najib Razak yang baru selesai membuat pembentangan Bajet 2016.

Perbuatan pembangkang ini bukan sahaja tidak beradap tetapi mereka juga dilihat seperti tidak bertamadun. Apa salahnya jika membangkang secara elok dan beradap dan bukannya dengan cara permainan budak tadika ini.

Mungkin bagi mereka itu adalah perbuatan paling sopan santun, iyela sopan santun bagi seseorang yang berperangai kurang ajar macam pembangkang. Sudah la tidak beradap lepas tu ajak pulak orang lain untuk turut serta dengan perangai tak senonoh mereka.

Katanya selagi speaker tidak membuat larangan dan bantahan selagi itu mereka akan teruskan. Sudah tidak betul agaknya...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment