Wednesday, October 28, 2015

Pemerintahan Najib Lebih Baik Dari Mahathir

Corak pengurusan dan pemerintahan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang 22 tahun itu.

Hal ini dipersetujui oleh Panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Menurut Aziz, Malaysia berada dalam keadaan bertambah baik dan dipenuhi dengan lambakkan infraskutur dan kemudahan jika dibandingkan dengan zaman Mahathir.

Tambahnya lagi, sepanjang pemerintahan Najib, rakyat dalam dihat bahawa kejayaan pemerintahannya telah memberi nafas baru kepada negara dan memberi ruang kebebasan yang luas. Tidak seperti di zaman pemerintahan Mahathir yang menggunakan kaedah “regim menekan”.

Abdul Aziz menjelaskan mengenai kebebasan rakyat untuk bersuara nak menunjuk perasaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Seperti demonstrasi yang diadakan di  kawasan Dataran Merdeka. Ribuan rakyat berkumpul untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan negara.

"Ketika anda tiba, ada demonstrasi jalanan. Itu tidak akan dapat dilihat ketika zaman Dr Mahathir.

"Akan ada meriam air, polis dengan pakaian rusuhan. Jadi bagi saya, dari segi pencapaian, ini adalah kejayaannya," katanya, merujuk kepada demonstrasi Bersih 4 hujung bulan lalu.

Senario ini kita tidak akan dalam lihat semasa pemerintahan Mahathir, kerana bekas perdana menteri itu hanya tahu gunakan kekerasan dan menyalahgunakan undang-undang sebagai senjata untuk menutup setiap mulut yang menentang pentadbirannya.

Mungkin Mahathir sudah lupa kekejaman yang pernah dilakukannya, sebab tu dia merasakan bahawa dirinya lebih mulia dan hebat dari orang lain.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment