Thursday, October 29, 2015

Rupa-Rupanya Rafizi Bodoh Dalam Matematik

Sungguh tidak disangka, rupa-rupanya Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebenarnya adalah seorang yang lembab dalam mengira. Mungkin masa dia di sekolah dahulu matematik fail kot… Sebab tu nak mengira pun tak pandai,

Kebengapan Rafizi dalam matematik terserlah apabila dia mengeluarkan satu dakwaan bahawa kerajaan akan mengutip cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM19 untuk sehari bagi setiap isi rumah. Rafizi juga menuduh kerajaan memperoleh cukai GST lebih banyak berbanding pemberian kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan bermula tahun depan.

Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Naib Presiden PKR itu sengaja memutar belitkan fakta dengan tujuan mahu menghasut rakyat. Sudah la matematik lembab… lepas tu busuk hati pulak nak tuduh kerajaan macam-macam.

Menjawab pertuduhan tersebut, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menyifatkan pengiraan yang dibuat oleh Rafizi itu adalah sangat tidak logik dan tidak masuk akal langsung. Orang biasa mana mampu nak berbelanja beratus-ratus sehari jika dia mengatakan bahawa kerajaan kutip RM19 sehari bagi setiap isi rumah yang bertaraf orang biasa.

"Bagi saya, orang biasa ialah mereka yang berpendapatan RM4,000 ke bawah. Kalaulah RM17 sehari (kutipan kerajaan) maknanya beliau kena belanja RM283 membeli barang-barang berGST dan dalam tempoh sebulan perbelanjaan mencecah RM8,500 sebulan untuk membeli barangan GST sahaja.

"Itu belum lagi barang-barang lain yang tidak dikenakan GST," katanya.

Hahahahha… kan tak logik langsung la pengiraan Rafizi ni. Mungkin dia guna formula yang diberikan DAP kot hahaha! Percaya sangat dengan pengiraan Rafizi ni entah-entah ini satu lagi taktik untuk menipu dan mengaburi mata rakyat.

Mengira pun tak reti macam mana la boleh jadi Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR). Hahaaaaa, tapi tak mustahil kalau ada ramai lagi ahli PKR yang otak lembab macam Rafizi, tengok Presiden PKR sudah laaa… Yang tu pun slow jugak media tanya lain dia jawab lain, haishh...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment