Wednesday, October 28, 2015

PRU14 : Bila Mahathir Dan Muhyiddin Nak Bantu Parti Sendiri?

najib-muhyiddin-mahathir (1)
Suasana politik di Malaysia dalam masa beberapa minggu ini dilihat mencapai senario positif kepada imej dan kredibiliti Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah parti yang naungi Kerajaan Malaysia.

Ini disebabkan oleh perpecahan yang begitu ketara dan semakin barah yang berlaku dalam kepimpinan tertinggi parti pembangkang iaitu antara PAS dan DAP serta PKR.

Tambahan pula, pelbagai isu yang tidak memihak kepada Pakatan saban hari ini dilihat mampu menjatuhkan lagi reputasi mereka, serta kenyataan-kenyataan bersifat tidak cerdik dan tidak membantu rakyat yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin Pakatan juga mempengaruhi persepsi rakyat.

Namun semua ini sukar untuk mengubah persepsi rakyat untuk terus menyayangi dan meyakini BN kerana terdapat batu penghalang terbesar yang berniat jahat secara tersembunyi.

Bukan kerana Pakatan itu kuat atau benar, tetapi kerana pembangkang ‘dibantu’ oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyerang dan mempertikaikan khidmat bakti Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

Oleh sebab itu, BN mampu meyakinkan rakyat sekiranya dua orang bekas pemimpin negara ini berhenti dari menyerang Perdana Menteri dan berganding bahu membantu Najib Razak serta parti sendiri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment