Thursday, October 29, 2015

Sampai Bila Pembangkang Mampu Bertahan Dalam Pakatan Penuh Celaru?

SUBANG : Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma menyifatkan kenyataan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang berkata Selangor tidak akan membentuk kerajaan baru di bawah gabungan baru pakatan pembangkang, sebagai kenyataan yang mengelirukan di mana kerjasama antara Pas, Dap dan PKR di negeri itu akan tetap diteruskan biarpun Pas telah pun tersingkir secara rasmi di dalam gabungan pakatan pembangkang yang baru iaitu Pakatan Harapan di peringkat kebangsaan.
https://i.ytimg.com/vi/FC8uLL1sDbE/maxresdefault.jpg
Menurut beliau, kenyataan Azmin itu memperlihatkan seolah-olah ada perbezaan di antara kerajaan pembangkang di Pulau Pinang yang kini telah membentuk kerajaan di bawah gabungan baru mereka dengan kerajaan pembangkang di Selangor yang diterajui oleh PKR.

“Ini jelas memperlihatkan ketidak sepakatan mereka dalam membuat keputusan. Di peringkat pusat, pakatan harapan baru telah memutuskan kerjasama dengan Pas dan digantikan dengan parti Amanah. Begitu juga di Pulau Pinang. Tetapi tiba-tiba di Selangor, Azmin mahu kerajaan yang sedia ada terus kekal seolah-olah menolak keputusan peringkat pusat yang memutuskan hubungan dengan Pas.

“Perkara ini bagi saya cukup untuk memperlihatkan kecelaruan yang berlaku di dalam pembangkang. 

Mereka ini akan bertindak hanya untuk kepentingan politik mereka sahaja, bukan untuk rakyat. Setiap keputusan yang mereka buat, hanyalah untuk memastikan survival politik mereka terus selamat.
pakatan caca merba
“Pembangkang lebih mendahulukan kepentingan politik mereka, berbanding kepentingan rakyat itu sendiri,” tegasnya kepada pihak media di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut meluahkan rasa hairan dengan sikap dan pendirian kepimpinan Pas negeri Selangor yang masih tetap mahu bersama dengan PKR khususnya Dap apabila parti tersebut jelas memperlihatkan permusuhan mereka terhadap Pas.

“Biarpun telah pelbagai perkara Dap lakukan, dan kemuncaknya ialah memutuskan hubungan dengan parti tersebut, namun kepimpinan Pas masih lagi mahu bersama-sama dengan Dap di Selangor. 

Bahkan, Dap turut campur tangan dalam penubuhan Parti Amanah yang diterajui oleh bekas pemimpin Pas, dan kemudiannya mengiystiharkan pula bahawa Pas kini adalah musuh politik mereka.

“Sehingga ke tahap itu pun Dap lakukan terhadap Pas, kepimpinan Pas Selangor masih mahu berbaik-baik dengan Dap.

Apakah hari ini, kepentingan harta benda telah menjadi keutamaan bagi pemimpin Pas Selangor sebagai ganti kepada kepentingan dan maruah perjuangan parti tersebut?

“Lebih teruk dari itu apabila kepimpinan Pas Selangor masih mahu bersama PKR dan Dap di Selangor apabila jelas dua parti ini terang-terang menolak perlaksanaan hudud yang mahu dibentangkan oleh Pas di Parlimen. Mungkin dari segi politik, Pas Selangor boleh memberi alasan tolak ansur tetapi apakah mereka mahu bertolak ansur dalam soal agama juga?,” soal beliau tegas.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat agar melihat kepincangan di dalam pentadbiran pembangkang yang seringkali mementingkan agenda politik mereka berbanding kepentingan rakyat di negeri itu.

“Masalah-masalah asas di Selangor masih lagi tidak selesai. Isu air, isu sampah dan isu wabak denggi yang semakin menjadi-jadi di negeri ini membuktikan bahawa kerajaan pembangkang Selangor gagal untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

“Dan apa yang lebih malang apabila pihak pembangkang yang memerintah Selangor lebih suka bermain politik sesama mereka demi untuk kepentingan politik pemimpin atau parti tertentu sehingga mengabaikan kebajikan dan kepentingan rakyat di negeri ini,” akhiri beliau.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment