Thursday, October 29, 2015

Hebat Sangat Ke Apek Kit Siang Ni Sampai Boleh Jejaskan Demokrasi Negara?

Hairan betul kita lihat, penting sangat ke  Lim Kit Siang tue hingga ada yang menyatakan bahawa penggantungannya selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat itu boleh menjejaskan dan merosakkan demokrasi berparlimen di Malaysia??

Amboiii besar sangat ke pengorbanannya kepada negara sampai dia takde dalam parlimen pun mesyuarat tu boleh terjejas haha kelakar betul! Siap dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP malam tadi dorang sudah putuskan untuk mengadakan jelajah ke seluruh negeri sebab nak tunjuk solidariti ke atas Lim Kit Siang.

“Mesyuarat CEC DAP mencapai resolusi mengutuk Barisan Nasional (BN) kerana majoritinya secara kasar untuk menempangkan demokrasi berparlimen, keadilan dan proses menegakkan undang-undang dengan meluluskan usul menggantung Kit Siang selama enam bulan.

“DAP akan mengadakan jelajah untuk menunjukkan sokongan dan solidariti ke atas Kit Siang,” dakwa DAP.

Eshhhh gigih betul mereka ni hahaha… semuanya gara-gara tidak puas hati  dengan majoriti Ahli Parlimen yang menyokong usul untuk menggantung kehadiran Kit Siang.

Padan la dengan muka tu, biar kena gantung siapa suruh biadap sangat dalam parlimen. Kit Siang sebelum ini dengan biadapnya menuduh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menyalahgunakan kuasa dan cuba untuk mensabotaj siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sedang dijalankan...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment