Wednesday, October 28, 2015

Fitnah Memfitnah Sudah Jadi Amalan Rutin Politik Pembangkang – Dr Najmil

KUALA LUMPUR : Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, permohonan maaf dari bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin kerana memfitnah Datuk Seri Najib Razak merupakan satu lagi rentetan yang memperlihatkan bahawa fitnah telah menjadi makanan asasi buat pembangkang dalam pendekatan politik mereka untuk mempengaruhi pemikiran rakyat di negara ini.
http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.47070.1421000329!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg
Jelasnya, kes terbaru yang melibatkan bekas Menteri Besar Perak itu jelas membuktikan bahawa perbuatan fitnah memfitnah serta menyebarkan maklumat yang tidak benar merupakan amalan yang sudah serasi dalam politik pembangkang sejak dari dulu lagi.
Pembangkang Kaki Fitnah
“Sebelum ini kita boleh lihat bagaimana pemimpin-pemimpin pembangkang jelas didapati bersalah oleh mahkamah kerana memfitnah pemimpin-pemimpin UMNO mahupun kerajaan.  Naib Presiden PKR, Nurul Izzah juga didapati bersalah kerana memfitnah Datuk Seri Raja Nong Chik sebelum ini dan terpaksa meminta maaf. Bahkan, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi juga pernah didakwa di mahkamah kerana memfitnah rakan sekutunya sendir PKR.

“PKR melalui akhbar rasminya, Suara Keadilan juga pernah disaman dan didapati bersalah kerana memfitnah agensi kerajaan, Felda kerana mendakwa Felda menjual minyak kepada Israel. Dan kes Nizar Jamaluddin merupakan kes fitnah terbaru didapati bersalah di mana akhirnya beliau memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bagi saya ini merupakan satu bukti nyata bahawa fitnah dan tohmahan ini merupakan mainan mereka. Seolah-olah ianya menjadi makanan rutin pembangkang di dalam mencapai objektif politik mereka untuk menjatuh kerajaan BN.

“Mereka tidak peduli fakta, apa yang penting bagi mereka ialah ianya dapat memburukkan imej kerajaan dan UMNO. Betul atau tidak fakta yang mereka sebarkan itu, mereka tak peduli,” jelasnya kepada pihak media di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, apa yang lebih menarik, amalan fitnah-memfitnah  ini bukan sahaja dilakukan oleh kepimpinan pembangkang terhadap pimpinan kerajaan BN dan UMNO sahaja, malah mereka turut fitnah memfitnah sesama sendiri demi kepentingan politik pemimpin dan parti tertentu.

“Sebagai contohnya, isu Langkah Kajang yang dijadikan sebagai satu plot cerita untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ternyata apa yang kepimpinan PKR canangkan tentang keburukan Tan Sri Khalid dalam usaha mereka untuk menjatuhkan beliau, hanya fitnah semata-mata.

“Perkara ini terbongkar apabila Tan Sri Khalid membawa perkara tersebut ke mahkamah dan mahkamah mendapati bahawa apa yang didakwa oleh PKR itu hanya fitnah semata-mata dan PKR akhirnya terpaksa memohon maaf kepada Tan Sri Khalid kerana bersalah memfitnah beliau dalam isu tersebut.

“Mereka ini sanggup melakukan apa saja untuk melaksanakan agenda dan matlamat politik mereka. Perkara pokok dalam pendekatan politik mereka ialah mengelabui dan mengelirukan pemikiran dan pandangan rakyat. Halal atau haram,  betul atau tidak soal nombor dua,” tegasnya.

Justeru itu beliau menasihati rakyat agar sentiasa berwaspada dengan segala maklumat yang diterima khususnya melalui media sosial khususnya sekiranya kenyataan itu datang dari penyokong atau kepimpinan pembangkang.

“Kita sebagai rakyat yang matang dan rasional wajib untuk menyemak dan meneliti sebarang informasi yang diterima. Kita bimbang, kalau-kalau maklumat yang kita terima itu adalah fitnah dan kita pula menyebarkannya.

“Amalan fitnah memfitnah ini sepatutnya tidak dijadikan amalan atau pendekatan politik kerana impaknya sangat besar terhadap keharmonian dan keamanan negara dan juga individu yang difitnah itu,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment