Thursday, October 29, 2015

Berani Ke Mahathir Bertanding Lawan Najib di Pekan?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik dan mendesak Datuk Seri Najib Razak agar berundur dari jawatannya, dicabar untuk bertanding dikerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU).

Cabaran itu dibuat oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz.

Menurut Nazri, jika Najib mahu menjatuhkan Najib, gunakan cara yang betul dan hentikan menggunakan jalan belakang untuk perjuangan politik peribadinya.

Tambah Nazri, kalau Mahathir takut untuk melawan Najib di Pekan, Mahathir boleh lawan beliau di Padang Rengas untuk membuktikan Mahathir masih mempunyai sokongan jitu berbanding pemimpin Umno kini.

"Cara nak jatuhkan  Najib, lawanlah beliau di Pekan. Jangan cakap banyak. Anda tahu bagaimana mahu jatuhkan Najib. Lawan beliau di Pekan. Kalau tidak mahu lawan Najib, lawan saya di Padang Rengas," kata Nazri ketika ditemui di lobi Parlimen.

Sebelum ini, Nazri pernah mencabar bekas perdana menteri itu menentang Najib dengan cara masuk bertanding dalam pemilihan presiden dan pilihan raya umum. Bagaimanapun, cabaran yang dibuat itu tidak disahut atau diberi respon oleh Mahathir.

Persoalannya disini, adakah Mahathir yang lantang mengkritik dan mengatakan beliau mempunyai sokongan rakyat lebih daripada Najib berani untuk menentang Najib di Pekan pada PRU akan datang??

Barangkali beliau takut untuk menerima kekalahan jika menentang Najib yang masih mempunyai sokongan jitu, adakah Mahathir berani menentang Nazri di Padang Rengas bagi membuktikan dirinya mempunyai sokongan di seluruh negara terutamanya di negeri Johor???

Apa yang diharapkan adalah Mahathir menyahut cabaran ini bagi membuktikan bahawa dirinya mempunyai sokongan berbanding pemimpin tertinggi Umno kini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment