Thursday, October 29, 2015

Pas Kelantan Sudah Terbuka Hati Untuk Terima UMNO

Parti PAS di Kelantan nampaknya sudah terbuka hati dan dengan relanya boleh menerima Umno dan BN untuk menjalinkan kerjasama. Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bersetuju dan mahu untuk menjalinkan kerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara yang membawa kepada kesejahteraan rakyat.

Ini termasuklah dalam setiap perkara yang memberi kebajikan dan kebaikan kepada rakyat. Menteri besar Kelantan itu bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dengan Umno atas sebab dasar yang dibawa oleh Umno adalah sama dengan dasar yang dipegang oleh PAS.

"Contohnya dalam masalah banjir yang melanda Kelantan akhir tahun lepas, kita boleh berkompromi, kita boleh bincang dan ketepikan dari segi politik untuk menyelamatkan rakyat kita...itu perkara berkebajikan.

"Jadi pada pokoknya itulah yang dikehendaki presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya.

Yakob menjelaskan bahawa PAS Kelantan sudi untuk bekerjasama dengan Umno kerana parti tersebut dilihat meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan bukannya atas mainan politik semata-mata. Hal-hal berkaitan politik tidak akan di campur adukkan.

"Dalam hal ini (kebajikan) politik tidak berbangkit... politik kita dasar masing-masing. Tetapi kerjasama politik, tidak sama sekali," jelasnya.

Ini jelas menunjukkan bahawa PAS sudah dapat faham prinsip sebenar yang dipegang oleh Umno, iaitu mengutamakan rakyat. Jadi tidak mustahil jika nanti PAS mahu bekerjasama dengan Umno dalam hal-hal politik pula.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment