Thursday, October 29, 2015

Guan Eng Semakin Kalut Bila Hubungan PAS dan UMNO Semakin Terbina

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggelabah apabila seorang bekas pemimpin Pas dilantik untuk menerajui Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang dtinggalkan Datuk Saifuddin Abdullah kerana menyertai PKR baru-baru ini.

Dengan perlantikan tersebut, ia jelas sebagai satu signal bahawa parti pemerintah Umno dan parti Islam itu semakin membina kerajaan perpaduan yang dinanti-nantikan umat Melayu di negara ini.

Guan Eng bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa diatas perlantikan tersebut.

Dalam masa sama, Guan Eng turut mengkritik Nasharudin dengan mengatakan, lantikan yang diterima itu sebagai habuan kepada dirinya selepas mengkritik penubuhan Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, Guan Eng berkata, kita dapat melihat sikap sebenar Nasharudin dan apa tujuannya ikhlas mahupun mengharapkan sesuatu.

"Selepas serangannya terhadap Pakatan Harapan, hari ini dia dilantik sebagai ketua baru GMM. Saya rasa kita boleh lihat melalui pengalaman yang lepas sama ada beliau memang seorang yang sederhana atau tidak," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Amboi... sedap je Guan Eng mengata Nasharudin mengharapkan balasan selepas mengkritik PH. Ingat Nasharudin ni macam pemimpin Amanah yang sememangnya pencacai DAP dan menanti sesuatu balasan ke??

Takkan takut kot kalau Pas dan Umno  bersatu wahai Guan Eng?? Lu kan da dapat 'bangkai' pemimpin Pas yang tak diperlukan lagi. Takut tak leh dapat undian orang Melayu ke kalau Pas dan Umno bersatu?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment