Wednesday, October 28, 2015

Jangan Percaya Janji Pembangkang Nak Hapuskan Tol Kalau Menang

Parti pembangkang sering menabur janji bahawa jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, mereka akan memansuhkan tol yang ada di seluruh negara.

Bagaimanapun itu semua hanyalah janji manis yang ditabur untuk mereka memenangi hati rakyat bagi merealisaikan impian mereka untuk menawan Putrajaya.

Menurut Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, parti pembangkang yang berjanji akan memansuhkan tol di seluruh negara tidak akan menunaikan janji tersebut kerana mereka sendiri bersetuju pembinaan jalan raya dikenakan tol.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, Pakatan Rakyat yang menerajui kerajaan negeri Selangor telah bersetuju dengan pembinaan tiga lebuh raya bertol yang melalui jajaran negeri itu.

"Untuk membina lebuh raya baru yang mempunyai tol, jajaannya telah melalui negeri Selangor dan kalau tidak silap saya, ini memerlukan kelulusan dari kerajaan negeri.

"DASH, NKVE, SUKE tiga lebuh raya utama yang memerlukan tol telah dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor. Kalau dasar tidak setuju dengan jalan yang bertol, maksudnya mereka tidak bersetuju dari awal lagi, ini kenyataan dari kerajaan negeri untuk melalui jajaran ataupun tanah negeri Selangor yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Selangor.

"Bagi saya jangan cakap soal jalan tanpa tol sekiranya hari ini kerajaan di bawah Pakatan setuju dengan jajaran jalan bertol baru yang dipersetujui kerajaan negeri Selangor," kata Khairy.

Oleh demikian, usahlah kita terpedaya dengan janji yang ditaburkan oleh Pakatan untuk memansuhkan tol ini. Jika benar mereka mahu memansuhkan tol di seluruh negara, sudah pasti tol dibawah pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui mereka akan dimansuhkan.

Namun, sehingga hari ini mereka masih tidak memansuhkan, malah menyalahkan kerajaan persekutuan atas kenaikan kadar tol yang dikenakan.

DIsediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment